“Makkk” – Netizen Sebak Dengar Rintihan Anak Dalam ‘Group’ WhatsApp Keluarga Lepas Tahu Ibu Maut Kemalangan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Makkk” – Netizen Sebak Dengar Rintihan Anak Dalam ‘Group’ WhatsApp Keluarga Lepas Tahu Ibu Maut Kemalangan

Seorang wanita warga emas, Siti Rositah Baharom, 56, dilaporkan maut dalam satu kemalangan tragis melibatkan sebuah Perodua Bezza dan sebuah lori di Jalan BKE, Batu 7, Tawar, Baling, Kedah 26 Januari lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi.


Artikel berkaitan: ⁠Lelaki Maut Dalam Kemalangan, Motosikal Hilang Kawalan Ketika Dikejar Anjing

Artikel berkaitan: “Mesti dia tercari-cari” –  Tangisan Bayi Kehilangan Ibu Bapa Dalam Kemalangan Buat Netizen Sayu

“Mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu kereta manakala pemandu lori tidak cedera. Operasi mengeluarkan pemandu kereta dilakukan hampir 30 minit kerana mangsa tersepit di bahagian kaki sebelum dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” tambah beliau lagi.

Di sebalik tragedi tersebut, media sosial khususnya platform TikTok hiba dengan perkongsian rakaman suara (voice note) yang dipercayai daripada anak mangsa dalam group WhatsApp keluarga.

Dalam rakaman yang menyentuh hati itu, kedengaran suara si anak yang sedang menangis teresak-esak dan menjerit “Mak!” sebaik sahaja mendapat perkhabaran duka mengenai ibunya.

Sumber: Berita Harian, TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Makkk” – Netizen Sebak Dengar Rintihan Anak Dalam ‘Group’ WhatsApp Keluarga Lepas Tahu Ibu Maut Kemalangan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/makkk-netizen-sebak-dengar-rintihan-anak-dalam-group-whatsapp-keluarga-lepas-tahu-ibu-maut-kemalangan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM