in

“Saya ibunya, saya tahu dia Muslim” – Ibu Rayu Komuniti Sikh Jangan Ganggu Jasad Anak Yang Dikebumikan Cara Islam

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah nama pun ibu, dah memang sifat semulajadi untuk sentiasa lindungi anaknya sampai ke akhir hayatnya.


Begitu juga dengan ibu kepada wanita yang dibunuh dan dikebumikan dengan cara Islam ini. Ibu ini merayu agar Pertubuhan Belia Sikh Pulau Pinang untuk tak ganggu jasad anaknya yang dah dikebumikan dengan sempurna.

Sabtu lepas, Surinder Kaur diserang dengan topi keledar oleh seorang lelaki yang dipercayai mabuk  berhampiran Queensbay Mall, Pulau Pinang. Kerana kecederaan parah, Surinder tak dapat diselamatkan dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Menurut NST, lelaki yang menyerangnya itu telah ditahan reman dan akan disiasat di bawah akta 302 kanun keseksaan. Mereka juga percaya lelaki berusia 55 tahun ini merupakan teman lelaki Surinder.

Atas permintaan keluarga, Surinder telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jelutong. Namun, selepas pengebumiannya, Pertubuhan Belia Sikh mengatakan dakwaan Surinder telah masuk Islam tak benar dan mereka mahu mengambil jasad wanita ini untuk dikebumikan mengikut cara Sikh.

Nazirah Bibi 0304
Sumber: malay mail

Ibu Surinder, Nazirah Bibi merayu supaya jasad anaknya tak diganggu dan dia tak akan benarkan mana mana pihak untuk masuk campur atau cuba gali jasad anaknya dari kubur.

Menurut Nazirah, anaknya ini telah memeluk Islam sejak tahun lepas tapi belum daftarkan penukaran agamanya ini secara rasmi. Ibu ini juga berkata, walaupun tiada bukti bertulis bahawa anaknya telah memeluk agama Islam, pihak lain tak ada hak untuk campur tangan dengan pengebumian anaknya.

“Seluruh keluarga kami dah peluk Islam selama bertahun-tahun dan tuhan kami adalah Allah. Jangan sentuh jasadnya, biarkan dia tenang di sana.

“Saya tak boleh biarkan sesiapa ambil jasad anak saya dari kubur. Ini salah. Saya ibunya, saya tahu dia Muslim.

“Kami sangat rapat dan saya tahu tentang keputusannya untuk memeluk Islam. Silapnya, dia tak sempat nak daftar.

“Dia dah banyak kali ucap dua kalimah syahadah depan saya, depan anak lelaki saya dan ahli keluarga lain.

“Dia juga pernah beritahu saya dia nak dikebumikan dekat dengan ayah dan abangnya.”

Kini, ibu yang masih bersedih dengan kematian anak bongsunya ini terpaksa berdepan dengan Pertubuhan Belia Sikh yang menuntut bukti penukaran agama Surinder.

0140

Menurut Malaysiakini, komuniti ini berkata mereka bukan nak cetuskan kekecohan tapi mereka mahu keadilan untuk Surinder.

“Kami hanya mahukan kebenaran. Jika benar Surinder Kaur telah memeluk Islam dan ada buktinya, kami tak ada masalah dengan pengebumiannya. Tapi jika dia masih beragama Sikh kami mahu ambil mayatnya supaya kami boleh kebumikan dia mengikut cara Sikh.

“Keluarga dia memang ada hak atas jasadnya tapi bukan agamanya. Sebagai Sikh, kami ada hak untuk lindungi agama kami dan penganutnya.”

Benda macam ni sepatutnya tak payahlah dipanjangkan. Lagi-lagi keluarga wanita malang ni masih bersedih lagi dengan pemergian secara tiba-tiba ni. Moga urusan keluarga ini dipermudahkan.

 

Baca: “ni namanya cinta sampai jannah” – Suami Isteri Baru Nikah Sebulan Selamat Dikebumi Satu Liang Lahad

Screenshot 2019 04 04 At 11.22.18 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.