in

“Ini namanya cinta sampai jannah….” : Suami Isteri Baru Nikah Sebulan Selamat Dikebumi Satu Liang Lahad

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesungguhnya ajal maut itu ditangan Allah swt, kita sebagai manusia hanya dipinjamkan untuk merasa nikmat-NYA di muka bumi ini.


Ternyata nikmat berumah tangga dan kasih sayang sebagai pasangan suami isteri hanya dapat dikecapi sebulan sehaja sebelum kedua-duanya dijemput ilahi apabila  Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan isterinya, Nur Diana Afifah, juga 24 tahun maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan- Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin..ya allah!

Menurut remaja pasangan suami isteri yang baru saja mengadakan majlis menyambut menantu minggu lalu meninggal dunia selepas kereta Viva yang dipandu Mohamad Syahmi  bertembung dengan sebuah bas ekspress..betul lah orang kata cinta sampai mati.

 

48356076 594044997692409 6572624900161273856 N

47684564 2297728850458584 1302824848308830208 N
Sumber : facebook

Bukan saja keduanya maut tetapi turut melibatkan dua pupu mereka iaitu Yasmin Afiqah Hazemi, 14, serta adiknya, Yasmin Aliah, 12 yang mana kesemuanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Lepas bertembung, kenderaan terseret 30 meter

 

Menurut Berita Harian pemandu bas berkenaan, Mohd Salleh Ghazali, 37, dan 30 penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Mohamad Syahmi Emir dipercayai dalam perjalanan balik dari Teluk Chempedak di Kuantan untuk menghantar anak saudara mereka ke Mersing, Johor sebelum balik ke Johor Bahru.”

“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres berkenaan yang menuju ke arah Kuantan,”

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor

 

DSP Azly berkata, akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan terseret sejauh 30 meter sebelum terjatuh ke dalam parit sebelah kanan jalan.uishh teruk juga impactnya.

Akibat kejadian itu, keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian dan semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

47576062 2297728497125286 3729635512630116352 N

Sementara itu menurut bapa arwah Mohd Rawi Manab, 50 tahun , anak lelakinya itu baru bernikah pada 8 November 2018 lalu.

Kemalangan ini berlaku tepat sebulan mereka mendirikan rumahtangga. Mereka berdua sebenarnya baharu lepas menghantar barang keperluan kepada anak bongsunya berusia 20 tahun di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah di Teluk Chempedak di Kuantan untuk bersiar-siar.”

“Sepatutnya saya yang perlu hantar barang berkenan, namun disebabkan ada kerja, dia yang terpaksa gantikan saya, masa kejadian anak bongsu saya turut mengikuti abangnya untuk balik ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain.”

Katanya majlis sambut menantu baru diadakan minggu lalu namun takdir Allah menentukan segalanya buat pasangan suami isteri ini.

 

47687598 2228978747125814 1907336384209747968 O
Sumber : facebook

 

Mohd Rawi berkata, ketika kejadian anak bongsunya ada mendengar bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat ke cermin dan nampak kereta abangnya dibertembung dengan sebuah bas.

“Arwah yang juga anak sulung daripada tiga beradik, seorang yang manja dan selalu makan bersuap walaupun sudah besar. Kami amat sedih sebab arwah baharu berkahwin dan barang perkahwinannya masih belum dikemas.

“Kami sekeluarga amat merasai kehilangannya, dia adalah harapan keluarga. Sebelum kejadian dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,”

Rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan melahirkan rasa dukacita mereka selepas kisah itu viral di laman media sosial.

Malah ada yang menekankan aspek pemanduan berhati-hati terutamanya melibatkan perjalanan jauh dan pada waktu malam.

“Ya Allah…hancur viva..”

 

Maut Fb 3

Maut Fb 2
Sumber : facebook

Innalillah hiwainna ilaihirajiun semoga kesemua yang maut ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Baca : Maafkan ibu sayang ibu tak sengaja Ibu Anak Maut Dalam Kereta Dikecam Bertubi-tubi Oleh Netizen

Anak Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.