in

Berpeluk Dengan Tiz Zaqyah, Instagram Jaguh Bola Sepak Roberto Carlos Kena Serang

Tizzzzz

Dah lama jugak kan kita tak dengar pasal pelakon cantik dan berbakat Tiz Zaqyah ni? Rasanya lakonan dia yang kita semua paling ingat mestilah Nur Kasih dengan hero kegilaan ramai, Remy Ishak. Wuu abang tall, dark and handsome! Tapi bila dah lama-lama tak dengar citer ni, tetiba up pulak satu gosip hangat pasal Tiz ni.

Semalam Tiz upload gambar tengah berpeluk dengan seorang lelaki femes kat Instagram dia. Rupanya lelaki tu is Roberto Carlos, hero bola sepak dunia! Fuh biar betul Tiz! Haa kalau tak caya korang tengok gambar kat bawah ni…

Tiz 1

Sumber: InstagramBila Tiz upload gambar kontroversi macam tu, makcik pakcik bawang apa lagi… mulalah kerja dorang kan? Menurut Media Hiburan, Roberto masa tu turun ke Kuala Lumpur sebab dia sekarang dah jadi duta untuk syarikat penerbangan, Air Asia.

So maybe Tiz first time jumpa dengan Roberto kan, dia teruja sangatlah sampai peluk hero bola sepak tu. Emm gitew! Tapi papepun, netizen macam tak puaslah nak kecam-kecam si Tiz ni sebab dia awal-awal dah hide comment kat Instagram dia! Whoops! 

Bila dah tak dapat nak kecam Tiz, punyalah gigih makcik pakcik bawang dan segala netizen ni pergi pulak ke Instagram Roberto dan tulis macam-macam komen merepek kat situ.

Rt
sumber: instagram

Bengang dengan apa yang netizen buat, Tiz luah rasa tak puas hati dia kat instastory yang bertulis,

Tak dapat comment gambar kita, dia pi comment orang lain punya. Tahap dengki tu tinggi betul. So much effort.

Tiza
sumber: blog
Tiza 2
sumber: blog

Kita orang tak pastilah Roberto Carlos tu faham ke idok apa yang netizen komen tu sebab kebanyakan dorang guna bahasa Melayu, tapi yang tak annoyingnya banyak komen lucah pulak kat situ.

Bila lah pulak admin nak jumpa Cristiano Ronaldo ni?

Baca: “Cium tangan dah macam laki bini…” – Netizen Kecam Emma Maembong Salam Kamal Adli

Emma