“Saya halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN Mart Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Cawangan Sri Muda

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN Mart Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Cawangan Sri Muda

Pihak polis sebelum ini ada mengesahkan terdapat beberapa kejadian pecah masuk kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Ia berlaku di kawasan banjir yang teruk dan kejadian itu dipercayai pada waktu tengah hari, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.


Salah satu kedai serbaneka yang terkesan adalah MYDIN Mart, bagaimanapun pihak MYDIN telah tampil memberikan kenyataan yang menyentuh hati orang ramai.

Saya halalkan – Pengarah Urusan MYDIN

Mydin2Sumber: Remaja

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), beliau begitu tersentuh dengan insiden bencana banjir teruk saat negara masih bergelut dengan wabak Covid-19.

Tidak dinafikan salah satu cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor turut musnah dan kerugian jutaan ringgit.

Katanya lagi menerusi satu kenyataan hari ini, dia dimaklumkan dengan insiden pecah masuk di premisnya. Bagaimanapun, beliau faham kerana mereka dalam keadaan darurat.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.”

MydinSumber: Harian Metro

Oleh sebab itu, beliau dengan seikhlas hati menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat sebaliknya.”

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir dan pandemik ini sedia pulih seperti biasa.”

Keadaan terkini MYDIN Mart, Taman Sri Muda

Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa antara kedai serbaneka terbabit adalah Mydin Mart, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.

Baca : Lelaki Pergi Decathlon Nak Beli Life Jacket Tapi Habis, Rupanya Dah Disumbangkan Untuk Misi Banjir

Ft Decathlon

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN Mart Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Cawangan Sri Muda
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-halalkan-pengarah-urusan-mydin-mart-halalkan-mereka-yang-pecah-masuk-cawangan-sri-muda/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM