Di musim pasca banjir ini dapat kita lihat sudah mula banyak pihak yang turun padang untuk salurkan bantuan di kawasan-kawasan yang terkesan hujung minggu lalu.
Begitu terharu apabila dapat ketahui kedai menjual aksesori, peralatan dan pakaian sukan Decathlon ini sebenarnya antara penyumbang terbesar dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir.
“Minta maaf bang. Semua barangan buoyancy aid mcm life jacketsc pedal kayak semua kita hantar untuk misi bantuan banjir. Semua Decathlon bang.”
Ianya diketahui selepas ada netizen dari Twitter @JohanHeartyAnda pergi ke salah satu cawangan kedai tersebut untuk membeli life jacket.
Setibanya disana semua peralatan buoyancy seperti life jacket, dan pedal kayak habis, dia lihat bahagian itu kosong sahaja.
Apabila ditanya mengenai penghabisan tersebut, promoter yang bertugas menyatakan semua peralatan itu telah disumbangkan untuk misi bantuan banjir, bukan satu cawangan tetapi Decathlon di seluruh Malaysia.
https://twitter.com/JohanHeartyAnda/status/1472896487658954758
Ianya telah disahkan sendiri oleh pihak Decathlon dengan memberikan kenyataan bahawa segala tempahan online dan jualan di cawangan untuk peralatan seperti kayak, padel dan life jacket ditangguhkan.
Tweet ini telah meraih lebih 10K jumlah perkongsian dalam masa 15 jam. Rata-rata netizen memuji Decathlon Malaysia dan ia juga telah meraih sokongan rakyat Malaysia untuk support Decathlon Malaysia atas sikap profesional dan efisen ini.
Lepasni nak shopping Decathlon selalu la – Netizen
Tahniah Decatchlon, kami dari Lobak Merah juga turut gembira dan tumpang bangga dengan sikap mulia anda!