in

“Saya Ditawar Habuan Dari BN”

Shafie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama politik di Sabah bagaikan tak ada kesudahannya tambahan pulak selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri untuk kali kelima malam tadi (10 Mei).


Musa Aman Angkat Sumpah
sumber: suara sabah

Menurut Malaysiakini, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa dia telah didekati wakil BN yang menawarkan pelbagai kedudukan dalam usaha untuk pujuk beliau sokong mereka. Ish, ish, ish! 

“Pihak sebelah sana cuba menarik saya dengan pelbagai benda, jawatan, tapi mengapa saya perlukan semua kedudukan tu?

“Saya sudah cakap sebelum ini, sekali saya sudah buat keputusan, saya akan pertahankan keputusan tersebut,” katanya juga yang jugak ditawarkan jawatan kalau BN dapat bentuk kerajaan negeri.

857B7822Bd808Bdfbd1342D772Ea5Ed4
sumber: mk

Terdahulu, DUN Sabah dikatakan hadapi sedikit kebuntuan lepas PRU14 9 Mei lalu apabila BN dan WARISAN masing-masing peroleh 29 kerusi. Namun Parti Solidariti Tanah Air (Star) diketuai Datuk Jeffrey Kitingan tiba-tiba memilih untuk bersama BN menyebabkan Sabah jatuh ke tangan pembangkang. 

PM Tun Mahathir dalam satu sesi soal jawab berkata, kerajaan tidak akan mengiktiraf keputusan PRU Sabah jika terlibat dalam unsur rasuah. Kini siasatan sedang dijalankan lepas anggota dewan tersebut kononnya dijanjikan habuan kalau beri sokongan kepada BN.

Diharap krisis politik di Sabah ni berakhirlah secepat mungkin. Kesian rakyat Sabah rasa tak senang dengan kedudukan negeri mereka.

Baca: “Agensi kerajaan akan disiasat kerana rasuah” – Tun M

Hashim Apandi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.