in

“Saya di pihak yang benar” – Yaya Nafi Kahwin di Siam, Tapi Isteri Teraniaya Pula Kata Dia Ada Bukti ‘Kawan Baik’ Curang Dengan Suami?

Curang Yaya Hanna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial kisah seorang wanita yang mendakwa rakan baiknya telah merampas dan bercinta dengan suaminya dalam diam-diam tanpa pengetahuannya.


Kisah yang viral ini akhirnya mendapat perhatian si empunya badan, Haziqah Nurul Huda Harun atau lebih dikenali sebagai Yaya yang telah menjawab tuduhan tersebut di Harian Metro semalam.

 

“Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa”

Menurut Yaya, dia menafikan dirinya sudah berkahwin dengan sesiapa pun dan dakwaan yang dibuat di Facebook oleh Hanna Baa ialah fitnah semata-mata. Jika hal ini keterlaluan katanya, dia tak teragak-agak untuk saman individu tersebut.

“Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang.

“Selain perniagaan dijalankan, saya hanya mempunyai ibu dan ayah serta keluarga. Rezeki bukan datang daripada perniagaan, ia daripada Allah,” katanya lagi.

Yaya 1
sumber: instagram

 

“Saya ada bukti” – Hanna

Tapi lain pula ceritanya dengan Hanna Baa, mangsa yang didakwa teraniaya dalam kes rumah tangga ini.

Menurut Harian Metro, Hanna tidak berniat untuk memburukkan atau memfitnah sesiapa tetapi dia sebaliknya ADA bukti kukuh yang Yaya bercinta dengan suaminya yang berusia 35 tahun itu.

“Saya tahu apa yang saya buat. Sebelum saya memuat naik status itu, saya sudah fikir sedalam-dalamnya dan mendedahkan ia kerana mahu orang tahu hal sebenar.

“Saya tidak mahu ulas panjang kerana saya ada bukti dan akan panjangkan isu ini (bawa ke mahkamah) kerana dia menuduh saya memfitnahnya.

“Selain itu saya mahu membuktikan saya di pihak benar,” jelasnya.

1002669 1154366941258230 6057676326081911081 N
sumber: facebook

Dalam masa yang sama, Hanna juga telah memfailkan penceraian ke atas suaminya dan melantik peguam. Dia juga mengakui yang hubungannya dengan suami dingin semenjak pendedahan ini dilakukan.

“Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana hati saya sudah tawar. Hubungan dengan suami pun dingin terutama selepas pendedahan itu,” katanya lagi.

 

Netizen jadi detektif, soal siasat Yaya di Instagram? 

Isu panas ini seperti yang korang dapat agak telah mendapat perhatian hangat daripada netizen. Netizen yang beremosi dengan apa yang berlaku ke atas Hanna telah melemparkan pelbagai komen negatif di Instagram Yaya.

Kejam Oi Netizen
sumber: instagram

Hal ini termasuklah ada yang DM Yaya dan bertanyakan hal tersebut dengannya secara berterus terang.

Yang menjadi kemusykilan netizen ialah kalau Yaya tidak ada hubungan dengan suami Hanna, mengapa mereka bergambar ‘berlaga kepala’ seperti yang diviralkan Hanna semalam? Hmm dah boleh jadi polis dah netizen ni.

Viktoru

82136835 2763551737021857 2770759221707276288 N
sumber: facebook

Apa-apapun admin harap netizen kat luar sana janganlah terlampau ghairah mengecam sehingga mempermainkan isu keadaan fizikal Yaya yang OKU dan lain-lain. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku seterusnya.

Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: Jalin hubungan cinta diam-diam di belakang saya” – ‘Kawan Baik’ Tikam Belakang, Jalin Cinta Dengan Suami & Kahwin Di Siam

Yaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.