in

“Saya decide nak post sebab..” – Viral Jadi Meme Tiktok, Gadis 17 Tahun Ceritakan Situasi Sebenar Dalam Video

Tiktok5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti korang familiar dengan meme video kat bawah ni kan? Ia viral dari luar negara dan sekarang dah merebak ke Malaysia. Pasti korang tertanya-tanya apa situasi sebenar video tersebut kan?


 

Mia Tomeo, pelajar 17 tahun dari  Philadelphia

Tiktok
Sumber : buzzfeed

Kata Tomeo menerusi BuzzFeed, dia merakam detik itu ketika sedang menunggu keputusan permohonan kolej. Dia rakam video tersebut dan tak sangka boleh jadi viral.

Katanya, lagi, dia terlalu teruja apabila mengetahui keputusan untuk ke sebuah kolej idamannya menjadi realiti.

“Saya pos sebab menunggu keputusan permohonan kolej agak memberikan tekanan buat para remaja dan dengan berkongsikan keputusan yang saya diterima masuk ke kolej tersebut memberikan saya sedikit harapan supaya dapat dikongsikan kepada orang lain”

Kolej ini memang kolej idaman saya nak masuk sejak masih di bangku sekolah dan sampai sekarang saya tak boleh percaya yang saya diterima masuk sebab harapan saya pada masa itu cuma 6% sahaja untuk diterima”

Dia telah diterima masuk untuk melanjutkan pengajian di Universiti Tulane di New Orleans. Dalam video itu dapat dilihat ada ayah, ibu, kakak ipar, abang dan Tomeo sendiri.

Katanya lagi ketika di bangku sekolah dia pernah mengalamai penyakit kronik kerana kerap migrain and ia memberi kesan kepada reputasi kehadirannya.

Tomeo dia selalu tak hadir ke sekolah 3 hari dalam masa seminggu dan bimbang dengan pelajarannya namun lepas sihat dia rasakan prestasi pelajarannya tidak memuaskan.

Jadi, dia mula rasakan harapan dia untuk sambung belajar ke kolej amat tipis, namun dia tak sangka ada ‘keajaiban’ yang berlaku.

Video reaksi itu telah tular di media sosial sebagai meme, ia merebak sehingga ke Malaysia.

 

Tak sangka video itu boleh viral dan jadi meme, saya ingatkan hanya sekadar video biasa yang seorang remaja gembira dapat sambung belajar ke kolej”

Tiktok2
Sumber : buzzfeed

Katanya lagi, dia banyak menerima komen positif dan membuatkan dia rasa seperti semua orang meraikan kegembiraannya. Ada yang memberikan ucapan tahniah walaupun daripada orang yang tidak dikenali membuatkannya lebih teruja.

 

Baca : “Tiba-tiba muncul” – Netizen Tergelak Tengok Video Tiktok Gadis ‘Diganggu’ Pakcik Ini

Tiktok3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.