in

“Saya dah tengok video lucah tu…” – Bapa Yakin Klip Seks Viral Bersama Menteri Kanan Bukan Haziq

Haziq Seks

Bapa Haziq Abdullah Abdul Aziz tidak percaya bahawa anaknya merupakan salah seorang lelaki dalam klip seks tersebar yang didakwa turut memaparkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Menurut Malaysiakini, Abdul Aziz Ibrahim, 53, mengaku sudah menonton klip video seks serta pengakuan anaknya namun berasa ianya meragukan.

Saya sudah tengok klip video pengakuan dan video lucah itu. Video lucah itu nampak meragukan, saya tak rasa itu anak saya.”

Bagaimanapun, saya tengok video pengakuan itu berapa kali, kerana saya yakin itu bukan anak saya. Saya menganalisis klip video itu, teliti postur badannya, gerak dan suaranya, dengan harapan ia palsu.”

Haziq1
sumber: malaysiakini

Meskipun Haziq sendiri sudah membuat pengakuan namun Abdul Aziz memberitahu bahawa anaknya adalah seorang heteroseksual. Selain itu, dia turut berkata rumahnya di Kuching telah diceroboh pihak polis petang semalam.

Kira-kira lima anggota polis, salah seorang memakai ves hijau dan empat yang lain memakai pakaian biasa, menceroboh ke kawasan rumah saya.”

Mungkin mereka berjaya mengakses sistem penggera dan loceng pintu rumah saya tidak berfungsi.”

Video
sumber: blog

Mereka sampai menaiki kereta peronda polis dan tidak menunjukkan sebarang pengenalan diri namun dia dan anak perempuannya tidak diapa-apakan.

Mereka tidak menunjukkan sebarang pengenalan diri yang menunjukkan mereka polis tapi saya anggap mereka polis kerana kereta yang mereka naiki dan salah seorang pegawai memakai ves polis. Bagaimanapun, mereka ada kata mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman.”

Mereka tak apa-apakan saya atau anak perempuan saya. Mereka hanya mahu tanya saya tentang anak saya. Cuma mereka agak tegas dan cara mereka datang rumah buat saya rasa gemuruh.”

Ketika membuat laporan berhubung kejadian itu di balai polis daerah Kuching berkata dia disoal tentang lokasi anaknya dan latar belakang keluarganya.

Difahamkan, Haziq sudah digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin.

Baca: “Kau ni nampak desperate..Jangan malukan diri sendiri lah” – Siti Kasim ‘Sound’ Haziq Aziz

Sitihaziq