“Saya dah mengecewakannya buat kali ke 3” – Erra Fazira Mengaku Ada Buat Salah Dengan Umie Aida

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nampaknya, persoalan kenyataan Datin Seri Paduka Umie Aida mengenai pengkhianatan daripada sahabat baik telah terjawab, spekulasi yang mengatakan individu tersebut merupakan Erra Fazira ternyata benar.

Terbaru, Erra Fazira ada mengeluarkan kenyataannya di Instagram.

 

Saya telah mengecewakannya buat kali ketiga – Erra Fazira

Menurutnya, dia mengakui telah mengecewakan Umie Aida kali ke tiga, bahkan Erra juga ada menceritakan bahawa Umie Aida pernah berbincang dengannya secara baik.

Akui kesalahannya, Erra Fazira memohon maaf kepada Umie Aida.

“Kepada semua, saya mohon maaf, maaf dia atas segala apa yang terjadi.. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Datin Sri Umie Aida…”

Tambahnya lagi, Umie Aida pernah memaafkan Erra Fazira, tapi kesilapan sama diulanginya. Malah, ini merupakan kali ketiga Erra Fazira mengecewakan Umie Aida

“DS Umi Aida pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ke 3.”

Bahkan ada khabar angin mengatakan bahawa Umie Aida sebelum ini bertekad untuk mendedahkan bukti kesalahan primadona ini. Betul ke?

“DS Umie Aida  memendamkan perasaan ini dan dia juga pernah text saya dengan baik. DS Umie tiada bukti, dia tak akan bersuara.”

Jadi Erra pun dah pun pengakuan terbuka, dia berharap bahawa pihak luar tidak mengapi-apikan lagi dan akan cuba memperbaiki diri.

“Saya harap dengan pengakuan ini, hentikan perbalahan semua ya.. Saya belajar kesilapan saya dan saya baiki kekurangan saya.”

“Ternyata saya banyak kekurangan dan saya harus baiki diri, Saya mohon maaf sekali lagi pada semua dan juga Datin Seri Umie Aida”

Sebelum ini DS Umie Aida ada buat kenyataan terhadap kawan baik yang mengkhianatinya. Bagi sesiapa yang terlepas pandang boleh baca kat sini.

 

Baca : “Seorang sahabat takkan khianati sahabat lain!” – Umie Aida Luah Perasaan, Netizen Spekulasi Erra Fazira ‘Caras’ BFF Sendiri?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.