in

“Seorang sahabat takkan khianati sahabat lain!” – Umie Aida Luah Perasaan, Netizen Spekulasi Erra Fazira ‘Caras’ BFF Sendiri?

Fake Friend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kedengaran kisah persahabatan pelakon hebat Umie Aida dan Erra Fazira kononnya sedang berantakan.


Umie Aida melalui posting Instagram yang sudah dipadamnya beberapa jam lalu berkongsi luahan hati apabila dia terasa dirinya telah dikhianati oleh seorang individu yang dipanggil sahabat. 

 

“Betapa murahnya nilai persahabatan bagi kau! Kau boleh bohongi satu dunia dengan keterampilan suci kau yang seperti di bawah lindungan Kaabah itu” 

Menurut Umie, dia telah merasa sangat terkilan dengan perbuatan sahabatnya itu yang dikatakan berpura-pura di sebalik sikap yang baik dan kecantikan wajah yang suci. 

Tapi tak diduga, sahabat Umie ini telah mengkhianatinya berkali-kali sedangkan dia pada masa yang sama telah memberikan seluruh kepercayaan kepada ‘si sahabat’ termasuklah memaafkannya dahulu.

Umie Cian

sumber: forum cari

 

“Siapakah dia? Erra kah? Ooo so sad if true…” 

Rata-rata netizen sudah mula berspekulasi sama ada sahabat yang dimaksudkan itu merupakan Erra Fazira kerana bila diperiksa, kedua-dua ‘rakan baik’ ini sudah unfollow Instagram masing-masing.

Pollo
sumber: forum cari

Pada masa yang sama, rakan artis dan sahabat terdekat Umie sempat memberi kata-kata semangat dan ‘hint’ supaya dia jangan rapat lagi dengan ‘sahabat’ tersebut.

Gado
sumber: forum cari

 

Netizen spekulasi Erra Fazira ‘caras’ suami Umie Aida? 

Pun begitu, berdasarkan siasatan para makcik dan pakcik bawang di media sosial, ada yang membuat spekulasi mengatakan Erra Fazira kemungkinan besar telah ‘mencaras’ suami kepada pelakon Dukun tersebut. Walau bagaimanapun, berita ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Bagi admin, selagi belum keluar cerita dari empunya diri… elok kita anggap ni sebagai gossip semata-mata.

222718Fyh1Bz1Aa51Dzdh8.Jpg.thumb

Hapi
sumber: forum cari

Apa-apapun min berharap isu ini selesailah dengan cara yang baik dan mereka berdua berbaik-baik semula sebagai sahabat. Doa yang murni-murni ye gais! 

Baca: Netizen Kagum Hubungan Kekeluargaan Erat Antara Laudya Cynthia Bella dan Erra Fazira

Era

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.