in

“Saya bukan rasis tapi…” – Lelaki Ni Pesan Orang Muslim Hati-hati Pilih Makanan Kalau Bercuti Di Penang Sebab…

Kehalalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercuti ke Pulau Pinang, benda pertama yang korang pasti terbayang-bayang ialah aneka jenis makanan pure Penang yang ada kat sana sehingga pulau ni digelar syurga makanan di Malaysia.


Makanan yang dijual kat gerai-gerai di Penang ni memang tak payah dinafikanlah sedap-sedap belaka. Tapi sebagai seorang muslim kita kenalah berhati-hati dan memilih bab makan ni sebab tak semuanya halal dan berstatus ‘suci’. Alamak!  

 

“Agak menyedihkan bila ada yang muat naik dalam FB makan cendol dan laksa Teo Chew…. anak kecil, ibu mengandung menjamu tanpa rasa bersalah” 

Menerusi perkongsian netizen bernama Azdy di Facebook, dia meluahkan rasa kesal kerana kebanyakan orang muslim yang berkunjung ke Penang makan masakan di kedai-kedai non muslim tanpa rasa bersalah.

Tambahnya lagi, tak semua masakan kat gerai-gerai famous dan viral ni halal dan suci! Aiyok… macam mana tu??

“Kepada sahabat-sahabat yang datang bercuti ke Penang, maaflah kalau saya nak tegur sikit dan bagi cadangan…

“Saya perhatikan sebelum ini ada di kalangan sahabat-sahabat yang datang Penang kemudian kongsikan dalam FB apa yang dimakan.

“Agak menyedihkan bila ada yang muat naik dalam FB dengan makan cendol dan laksa Teo Chew di Jalan Penang, curry mee dan macam-macam masakan yang dimasak oleh bukan Islam di Kedai Kopi Bee Hwa, makan bihun goreng di kedai Auntie Taman Tun Sardon, minum kopi ais, ais kepal, rojak buah di sekitar kawasan Heritage, makan nasi lemak di Projek Nasi Lemak dan beberapa lagi…

“Sangat menyedihkan bila saya tengok anak-anak kecil, ibu mengandung, warga emas turut menjamu masakan ini tanpa rasa bersalah. Kesian kat anak-anak yang tak tahu apa-apa bila ibu bapa menyuapkan makanan kepada anak-anak ini dengan makanan yang status “halal” dan “suci” yang meragukan bila mana makanan tersebut disediakan oleh bukan Islam…”

Photo 1
sumber: blog
Bt6Snaoa
sumber: blog

 

Kalau teringin nak makan makanan sama macam atas ni, abang ni suggest makan sini…

Demi untuk mengelakkan saudara seagama terus makan makanan yang disediakan oleh bukan Islam yang mana status kehalalannya tu agak diragui, Azdy ada suggest jugak beberapa tempat menarik yang korang boleh try makan di sana.

Nampak macam boleh tahan sedap je admin tengok… yang penting halal!

“Nak makan char ketiau boleh ja makan di Sany Char Koay Teow di Bayan Baru, Char Koay Teaw Telur Ayam dibasuh di Sg Dua, Key’s Char Koay Teow di Bandar Perda BM, Sinar Bintang di Astaka Lorong Kulit (pagi) dan banyak lagi…

48429525 10216133130954501 2095081546590453760 N

“Kalau teringin makan laksa, boleh ja makan Laksa Mamu Sg. Pinang (sebelah Mee Mamak Afasia), Laksa Janggus di Balik Pulau, laksa di Medan Selera Padang Kota, laksa tempurung di Gertak Sanggul dan banyak lagi…

48424771 10216133133234558 5906288229157437440 N
sumber: facebook

“Nak makan nasi lemak, boleh pi makan nasi Lemak Liverpool di Batu Lanchang…

“Kalau suka makan curry mee, curry mee Kak Arah di Jalan Sungai Pinang (bertentang bangunan JKP) pun ok jugak..

“Nak koay teow sup atau koay teow th’ng boleh makan kat Sg. Ara (coner tepi SMK Sg. Ara), depan TNB Lorong Kulit atau Sri Buana di astaka Taman Tun Sardon…”

48404030 10216133131994527 3717112461736804352 N

49050852 10216133132714545 1067251771933458432 N

48381061 10216133130554491 3040436704939868160 N

48418697 10216133130274484 6670643853516603392 N

48422646 10216133132434538 223982123579604992 N

48991460 10216133129794472 245880040108064768 N

48995940 10216133129994477 4790328985466699776 N
sumber: facebook

 

“Tak payah la kot dok makan makanan atau masakan bukan Islam. Saya bukan rasis tapi…” 

Menurut Azdy, dia sekadar menasihati saudara seagama supaya janganlah makan di tempat-tempat yang diragui status halal dan suci, tambahan pulak bila ia disediakan oleh non muslim. Pun begitu, Azdy ni sekadar menegur je. Korang jangan pulak kecam dia kalau rasa yakin halal dengan makanan yang kat atas tu.

“Tak payah la kot dok makan makanan atau masakan bukan Islam… Saya bukannya rasis tapi sekadar menasihati saudara seIslam untuk mencari makanan yang dijamin “halal” dan “suci” serta tanpa “was-was”. Kesian saya kat sahabat yang datang dari jauh tiba-tiba makan makanan yang “shubahah”.

“Kalau nak beli barang dgn penjual bukan Islam, silakan. Tak menjadi masalah kerana barang tersebut tak boleh jadi darah daging kita… Tapi dalam bab makanan berhati-hatilah.

“Kalau sapa nak terima teguran dan pandangan saya, terima kasih saya ucapkan. Kepada yang kurang senang dengan tulisan saya ni, saya minta maaf. Jangan marah ye. Sekurang-kurangnya saya dah menasihati saudara seIslam dengan saya dalam hal ini…”

Apa-apapun admin tak cakap makanan yang dikatakan netizen kat atas tu haram untuk korang makan. Sebelum korang try makanan tersebut, tanyalah dulu penjualnya. Tak pun tengoklah keadaan sekeliling kalau rasa was-was. Gerai yang disyorkan Azdy kat atas tu pun apa kurangnya kan? Boleh jugak try kalau pi Penang nanti! 

Baca: Hati-Hati Kalau Nampak Logo Halal Macam Ni Kat Gerai Makan Korea, Sebenarnya…

Tak Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.