“Kenapa ko tak puas hati? – Wanita Dikecam Netizen Sebab ‘Bitter’ Tengok Tokti Bagi Komen Han Byul Dalam BM

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Lepas berlangsungnya Minggu kelima Konsert Big Stage semalam, macam-macam reaksi yang diberikan oleh netizen, antara persembahan yang menjadi tumpuan penonton sudah semestinya peserta dari Korea, Han Byul yang menyanyikan lagu berlainan bahasa.

Ternyata pesembahannya lagu dangdut Yang Sedang Sedang Saja nyanyian Iwan mendapat sambutan hangat, juri Dato’ Seri Siti Nurhaliza sendiri terpukau melihatnya, tapi ada netizen yang masih bitter dengan komen TokTi tu.

 

Tak puas hati juga lah TokTi dapat Han Byul tak nak comment in English”

Sebagai seorang juri, TokTi diberi tanggungjawab untuk komen para peserta setelah selesai melakukan persembahannya. Pada minggu kelima, giliran TokTi memberikan komen kepada Han Byul.

Seperti yang kita sedia maklum, TokTi memang terkenal dengan ciri-ciri kemelayuan sejati dalam dirinya, jadi tak hairanlah kalau TokTi lebih selesa bertutur dalam bahasa Melayu.

Itu sebablah dia lebih selesa memberikan komen bahasa ibunda kita kepada peserta dari luar negara ni. Tapi ada netizen yang kurang senang dengan mengkritik penggunaan bahasa TokTi kepada Han Byul.

Jadi, kata-kata netizen tu seolah-olah nak memperlekehkan cara TokTi bertutur bahasa Inggeris.

Disebabkan itu, tweet tersebut telah mengundang kecaman netizen. Bagi mereka, bahasa yang digunakan bukan masalah utama mereka.

Bahkan, ada juga yang mengatakan Han Byul yang sepatutnya belajar betutur bahasa Melayu. Dalam program dari negara Korea sendiri pun mereka tak kisah bertutur bahasa ibunda jika ada peserta yang berasal dari luar negaranya.

Bagi yang mengikuti perkembangan program tersebut ada saja TokTi berbahasa Inggeris, ada juga juga netizen yang menyuarakan bahawa fasih berbahasa barat ini bukanlah simbolik kepada kepintaran seseorang.

Senang cerita rata-rata bengang dengan kenyataan individu tersebut.

 

Penting sangat ke komen in English? Hebat sangat eh? – Netizen

Ekoran dengan kecaman hebat yang diterima, individu tersebut telah menyulitkan akaun Twitter nya. Bagi kami, tak ada masalah pun kalau nak bertutur bahasa apa sekalipun, mesti Han Byul sendiri sedang belajar bahasa Melayu.

 

Baca : “Lagi power dari penyanyi asal” – Netizen Terkesima Tengok Penyanyi Big Stage Dari Korea Ni Nyanyi Lagu Vroom Vroom, Power Gilaaa!

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.