in

“Saya akui kelemahan”- Viral Kes Guru Didik TV Diketawakan DJ Radio, Cikgu Rafidah Tetap Bangga Jadi Guru

Gambar Ft Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular sebuah video TikTok penyampai radio Hitz FM Sarawak yang telah mentertawakan cara guru Didik TV KPM mengajar di saluran TV pendidikan itu. Dengar cerita DJ radio tu pun dah kena gantung tugas.


Kali ini, guru tersebut telah tampil dan berkongsi luahannya setelah ramai yang mengkritik cara pengajaran dan memperlekeh penggunaan Bahasa Inggerisnya. Melalui perkongsian di Facebook, guru Didik TV yang dikenali sebagai Cikgu Rafidah Rahmat itu mengatakan beliau mengakui kelemahan dirinya.

Cikgu 1

Dalam perkongsian itu juga, Cikgu Rafidah Rahmat mengatakan beliau bersedia untuk belajar dan memperbaiki kesilapan agar dapat buat yang lebih baik untuk pelajar di Didik TV. Sebak pulak bila baca luahan hati cikgu ni.

Saya bangga jadi guru,” katanya.

Guru subjek Sains ini juga mendoakan agar urusan rakan-rakan gurunya untuk mengajar akan dipermudahkan. Tak dinafikan yang cikgu-cikgu ni pun pening nak mengajar secara online sebab fokus budak sekolah rendah ni kadang-kadang tak bertahan lama. Tu belum kira lagi dorang yang tak ada internet kat rumah. 

Cikgu 7

Perkongsian itu setakat ini (ketika artikel ini ditulis) telah mendapat 10 ribu likes, 3 ribu komen dan lebih seribu shares oleh netizen di Facebook. Rata-rata netizen juga turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat buat cikgu ini.

Cikgu memang hebat 

Cikgu 2

Semoga cikgu terus kuat 

Cikgu 3

Terima kasih cikgu kerana menyumbang ilmu

Cikgu 4

Manakala di Twitter pula, ramai netizen yang tidak putus-putus mempertahankan cikgu tersebut daripada cyberbully.

Cikgu 5

Ada juga netizen lain yang mengatakan keberkatan ilmu tu datang daripada adab kita terhadap guru. So, adik-adik yang masih sekolah lagi tu kena sentiasa hormat dan sayang pada cikgu tau. 

Cikgu 6

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat cikgu ni. Yang penting, korang jangan lupa cakap terima kasih dekat cikgu-cikgu korang yang sanggup mengajar tanpa mengenal erti penat lelah. 

Baca: Penyampai HitzFM Mengaku Bersalah ‘Ketawakan’ Cikgu, Ingin Mohon Maaf Secara Peribadi Kepada Guru Didik TV

Cikgu

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.