Kalau korang selalu pergi pasar seni, korang mesti nampak ramai remaja yang datang berjalan dekat situ rata-ratanya mesti pegang bunga baby’s breath kan? Kalau korang nak tahu, bunga baby breath dah macam benda yang wajib dibeli bila ada di pasar seni. Mungkin sebab murah kot?
Namun begitu, baru-baru ni ada satu posting di Twitter meminta orang ramai untuk tidak membeli bunga baby’s breath ni ekoran ia merupakan produk genosid. Betul ke? Apa kena mengena bunga yang ada di jual di merata-rata kedai bunga ni dengan Israel? Jom tengok penjelasannya.
Artikel berkaitan: Tersasul Laung ‘Hidup Israel’ Ketika Himpunan Pembebasan Palestin, Zahid Hamidi Mohon Maaf
Artikel. berkaitan: “Jurukamera pun alih kamera” – Israel Dicemuh Orang Ramai Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024
Apa itu bunga baby’s breath?
Baby’s breath atau nama saintifiknya Gysophila merupakan bunga yang sering dimasukkan dalam mana-mana gubahan bunga sama ada untuk diberikan kepada orang tersayang, perkahwinan atau apa-apa sambutan di seluruh dunia.
Baby’s breath telah mendapat tempat yang istimewa dalam industri bunga ekoran sifatnya yang senang dipadankan dengan jenis-jenis bunga lain, bunga-bunga kecil berbentuk seperti awan ini merupakan simbolik kepada kesucian dan cinta berpanjangan.
Bunga ini sering digunakan untuk menambah tekstur kepada jambangan bunga dan rekaan bunga menjadikan ia pilihan kegemaran ramai orang.
Apa kaitan baby’s breath dengan genosid?
Sebelum tu jom kita ambil tahu pasal satu syarikat yang dikenali sebagai Danziger yang ditubuhan di Israel pada 1953 dan merupakan salah satu syarikat penternak bunga terbesar di dunia. Selama berdekad-dekad, syarikat ini merupakan inovator dalam florikultur dan dikenali sebagai syarikat yang sering mengeluarkan variasi bunga yang baru dan lebih baik.
Antara sumbangannya dalam industri floral adalah penciptaan baby’s breath yang ada di pasaran sekarang ni.
Kalau korang nak tahu, Danziger telah melaburkan modal yang banyak untuk penyelidikan dan perkembangan yang memfokuskan kepada pembiakan baby’s breath untuk menghasilkan jenis bunga ini dengan kualiti yang sangat baik.
Melalui pelbagai program pembiakan intensif, Danziger telah mencipta bunga baby’s breath yang lebih padat, memiliki jangka hayat yang lebih panjang dan tak mudah dijangkiti penyakit. Selain itu, ia juga turut mencantikkan lagi kuali estetik baby’s breath dengan warna dan saiz yang lebih cantik.
Hasilnya, baby’s breath yang dihasilkan oleh Danziger ini telah menjadi salah satu bunga yang paling dicari di dalam pasaran dunia ekoran kualiti dan kecantikannya.
Kawalan Danziger terhadap pasaran global baby’s breath
Apa yang lebih menarik, Danziger bukan sahaja boleh membuat pembiakan bunga yang cantik-cantik, dorang juga telah mengenalpasti cara untuk memasukkan diri dorang dalam kedai bunga di seluruh dunia.
Syarikat ini telah membina rangkaian penanam dan pengedar yang sangat besar bagi mengedarkan baby’s breath buatan mereka ini boleh didapati di seluruh dunia. Menurut Horbitiz, kejayaan mereka menembusi pasaran global ini menjadikan Danziger sebuah syarikat yang memegang saham terbesar dalam pasaran baby’s breath.
Bukan sahaja mereka berjaya mengeluarkan bunganya ke seluruh dunia, Danziger juga telah membuat perjanjian dengan penanam bunga dari pelbagai negara untuk mengeluarkan hasil bunga ciptaan mereka menjadikan baby’s breath yang dihasilkannya sentiasa berada di pasaran.
Strategi yang digunakan oleh Danziger ini telah membuatkan dia sebagai pemain industri terbesar dan turut mempengaruhi semua benda termasuklah harga baby’s breath dan apa variasi terbaru yang akan masuk ke dalam pasaran.
Kedai bunga, pemborong dan peruncit biasanya lebih memilih baby’s breath yang dicipta oleh Danziger ekoran karakteristiknya yang lebih reliable dan superior.
Jadi kalau korang jumpa bunga baby’s breath dengan jambangan yang mekar dan besar serta mempunya warna-warna yang lebih terang dan estetik, kemungkinan besar bunga tersebut datang dari makmal Danziger.
Saingan Danziger
Dah tentunya Danziger bukanlah satu-satunya syarikat yang mengeluarkan bunga jenis baby’s breath ini. Beberapa negara seperti Netherlands, Colombia, Kenya dan Ecuador juga mempunyai nama yang besar dalam industri pengeluaran baby’s breath.
Tapi, ekoran penghasilan pembiakan bunga yang lebih cantik dan kebolehan mereka untuk menembusi pasaran dunia, bunga mereka boleh didapati di mana-mana sahaja. Jadi, memang tak pelik kalau banyak bunga yang ada di pasaran sekarang adalah milik Danziger.
Dengan permintaan terhadap baby’s breath berterusan meningkat, ini bermakna Danziger semakin maju. Mereka sentiasa menghasilkan variasi bunga baru yang lebih baik dari sebelum ini dan dengan kawalan yang besar terhadap pasaran global, Danziger mungkin akan menjadi syarikat utama dalam industri bunga untuk tahun-tahun akan datang.
So next kita bolehlah masukkan baby’s breath juga dalam senarai boikot kan?