Semalam, media telah melaporkan bahawa kesemua aktivis flotila untuk misi kemanusiaan ke Gaza yang telah ditahan secara tidak sah di Israel telah pun dibebaskan daripada Penjara Ketziot dan sedang melalui proses pengusiran.
Maklumat tersebut diterima daripada Perkhidmatan Penjara Israel dan pihak berkuasa dari negara itu berkenaan berhubung pembebasan semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) termasuklah aktivis Zohar Regev, aktivis terakhir yang dibebaskan kerana dibicara di mahkamah.
Artikel berkaitan: Lokasi Peserta GSF 2.0 Belum Diketahui Sejak 48 Jam Ditahan Tentera Israel
Artikel berkaitan: [VIDEO] Beberapa Kapal GSF Dipintas Tentera Israel, 5 Rakyat Malaysia Antara Diculik
Ditahan sebab tuduhan yang tak berasas

Petang semalam, saat semua aktivis dibebaskan, The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) memaklumkan bahawa aktivis yang memegang kewarganegaraan Israel itu masih lagi dalam tahanan.
Beliau ditahan atas tuduhan yang tidak berasas dan bercanggah, antaranya disebabkan kemasukan haram ke Israel, tinggal secara tidak sah serta cubaan untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza.
“Tuduhan-tuduhan ini disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan beliau diculik secara paksa oleh tentera Israel dari perairan antarabangsa.”
“Beliau dibawa masuk ke wilayah Israel sepenuhnya tanpa kerelaannya ketika dalam perjalanan ke Gaza untuk mencabar sekatan haram yang telah menyebabkan kebuluran dan penderitaan meluas terhadap rakyat Palestin.”
Pasukan guaman ADALAH yang mewakili Zohar di mahkamah menuntut pembebasannya segera tanpa syarat dan akhirnya dia juga telah dibebaskan bersama 427 aktivis yang lain.
Siapa Zohar Regev?

Zohr Regev merupakan wanita yang dilahirkan dan dibesarkan di Kfar Hahoresh, Israel dan menetap di sana sehingga usianya 34 tahun. Zohar merupakan wanita OKU kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan pada tahun 2017.
Beliau merupakan aktivis yang begitu aktif dalam misi kemanusiaan ke Gaza dan pernah mengetuai kapal Al-Awda dalam misi flotila ke Gaza pada 2018 sebelum ditahan tentera Israel.
Zohar memeluk agama Islam pada tahun 2021 dan pernah ditahan di Israel semasa misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) pada tahun lalu.
