Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafannya ketika menyampaikan pidato sempena Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Menerusi Facebook miliknya pagi tadi, beliau berkata ketika itu beliau dalam keadaan berkobar-kobar dan bersemangat tinggi sehingga tersasul sewaktu berpidato.
Artikel berkaitan : Terkorban Dalam Serangan Di Iran, Jenazah Ismail Haniyeh Dikebumikan Di Qatar Hari Ini
Artikel berkaitan : [TERKINI] Ismail Haniyeh Syahid Akibat Serangan Udara Di Tehran
Zahid apologises for ‘Hidup Israel’ gaffe#FMTNews #FMTEng pic.twitter.com/drQpzogBAL
— Free Malaysia Today (@fmtoday) August 5, 2024
“Saya hadir (malam tadi) bersama ribuan rakyat Malaysia bagi memberi dukungan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin.”
“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.”
“Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin,” kata Presiden UMNO itu.
Dalam video yang tular di media sosial, Ahmad Zahid tersasul melaungkan ‘Hidup Israel’ ketika menyampaikan pidato di majlis berkenaan malam tadi.
Ia sehubungan dengan kematian Ketua Biro Politik H4m4s, Ismail Haniyeh, yang dibunuh dalam serangan di Tehran, Iran pada Rabu lalu, Ahmad Zahid berkata ia bukan pengakhiran perjuangan rakyat Palestin.
Tegas beliau, akan ada lebih ramai pejuang yang bakal muncul lagi selepas ini.
“Saya hadir bersama ribuan rakyat Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi memberi dokongan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin.
“Hadirnya kita sebagai rasa cinta terhadap keamanan, kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman manusiawi.”
“Kami berkumpul bagi memperingati As-Syahid al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam. Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur, ribuan mujahid lagi akan dilahirkan.”
Dalam Himpunan Pembebasan Palestin semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir bersama Jemaah Menteri, perwakilan asing dan lebih 15,000 rakyat Malaysia serta warga asing bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada perjuangan serta pembebasan Palestin daripada kekejaman rejim Israel.
Perhimpunan itu juga sebagai penegasan bahawa Malaysia mengecam keras pembunuhan Ismail Haniyeh pada 31 Julai lalu.
Sumber : Berita Harian