in

“Satu Malaysia kena tipu” – Penerima Biasiswa NASA Sebenarnya Tipu Terima Tawaran?

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular apabila seorang anak muda Malaysia yang berumur 20 tahun telah menerima tawaran daripada The National Aeronautics and Space Administration (NASA).


Azhar Ali dilaporkan telah berjaya melayakkan diri dalam kalangan satu peratus skor terbaik dalam cabaran mencipta sut angkasa lepas untuk ke planet Marikh.

Berita ini mendapat liputan luas media, sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beberapa hari selepas berita ini tular, timbul berita kurang enak apabila Azhar Ali dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan yang kurang enak untuk didengari.

“Kita semua tahu Fizik adalah yang terhebat dalam bidang sains. Cuba bayangkan membandingkan kajian alam semesta dengan tumbuhan sampah”

Statement Dia

Selepas kenyataan ini tular, timbul lagi satu berita kurang enak apabila ada beberapa netizen yang mendedahkan bahawa sebenarnya tawaran biasiswa yang diterima beliau daripada NASA adalah palsu dan tidak benar.

Menurut Khairi (@khairizulfadhli), emel dan poster yang dimuat naik oleh Azhar Ali adalah palsu dan logo yang digunakan sebenarnya adalah hasil crop daripada laman web NASA sendiri.

Malah, ada yang mendedahkan bahawa syarat sebenar untuk memasuki pertandingan tersebut adalah peserta mestilah seorang warganegara Amerika Syarikat.

Melihatkan isu yang tular ini, perkataan NASA menjadi tular di laman Twitter dan beberapa pihak muncul menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka dengan ‘meletakkan’ wajah mereka di laman web NASA.

 

Pada pendapat admin, beliau masih muda lagi, banyak yang masih boleh dipelajari. Semoga Azhar Ali dapat menjadi saintis yang berjaya pada suatu hari nanti!

 

BACA: Pelawak Ramal Ramai Wanita Akan Jadi Pelacur Lepas Covid-19 Berakhir

Untitled 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.