in

“Sapa suruh datang lewat” – Pensyarah Troll Student Datang Lewat Dengan Tamatkan Kelas

5Lewat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alam pengajian universiti adalah fasa peralihan dari zaman sekolah sebelum zaman berkerjaya. Banyak pengalaman suka duka, lulus gagal, bercinta dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga yang ponteng kelas. Jangan cakap lah korang tak pernah ponteng atau at least datang lewat kan.

Ada satu video dari @fakhrulaimann_ ni tunjuk macam mana pensyarah dia troll orang yang datang lewat. Memang terpinga-pinga weh dorang yang datang lewat tu. Korang tengok sendiri lah video kat bawah ni


https://twitter.com/fakhrulaimann_/status/1182452500391063552?s=21

 

Sapa suruh lewat

Memang sempoi habis lecturer dorang ni. Boleh pulak bergurau macam tu. Memang terpinga-pinga lah budak dua orang tu. Dah lah baru masuk, tau-tau kelas dah habis. Siap padam lampu lagi tu.

Screen Shot 2019 10 13 At 4.28.21 PmAdmin pun kalau kena macam ni memang terpinga-pinga weh. Dah lah lecturer yang buat. Kalau member buat time lepak mamak tu biasa lah. 

Screen Shot 2019 10 13 At 4.28.40 PmIni memang menganjing habis weh. Siap cakap tahniah lagi tu. Kalau silap intonasi tu boleh buat orang sentap weh. Screen Shot 2019 10 13 At 4.29.21 PmMungkin lah. Biasa lah tu hari jumaat, kalau tak nak kalut, sebelum pegi masjid tu makan dulu, bukan lepas habis solat baru nak makan. Memang terkejar-kejar lah cerita dia.

Screen Shot 2019 10 13 At 4.30.11 PmYang ni admin setuju. Sempoi habis kot lecturer dorang. Harap korang semua tak lah datang lewat ke mana-mana sekalipun, waima melepak dengan member. Kalau lewat, bagi tahu dulu. Jangan biar orang lain menunggu. 

 

Baca: “Mereka tak terlibat dalam mana-mana ritual” – Viral Pelajar UniSZA Belajar Dalam Kuil, Pensyarah Jelaskan Situasi Sebenar

Screen Shot 2019 10 13 At 4.43.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.