in

“Mereka tak terlibat dalam mana-mana ritual” – Viral Pelajar UniSZA Belajar Dalam Kuil, Pensyarah Jelaskan Situasi Sebenar

Kuil2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas viral di Twitter dimana sekumpulan pelajar  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedang belajar di dalam kuil. Ia telah mencetuskan kontroversi dan tentangan hebat oleh umat islam.


Kecaman itu lebih rancak apabila ada segelintir pendakwah mempertikaikan foto tersebut tanpa usul periksa.

 

Dah tak ada tempat ke nak belajar?

Unisza
Sumber : kosmo!

Bagaimanapun posting daripada salah seorang pendakwah itu telahpun dipadamkan di Instagram peribadinya. Ini berikutan dengan kecaman-kecaman hebat yang diterima daripada netizen kerana tidak tahu menahu asal usul ceritanya.

Ef4Feb3Xyauwzov
Sumber : twitter

Bermacam-macam jenis spekulasi dan fitnah timbul, sehinggalah Ketua Pusat Pengajian Antropologi dan Dakwah, UniSZA, Mohamad Hafis Amat Simim tampil memberikan respon.

Sebenarnya mereka terlibat dalam aktiviti kajian lapangan bagi kursus Agama dan Masyarakat. Lapor Kosmo! Online gambar sekumpulan mahasiswi islam itu merupakan pelajar untuk jurusan Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) yang ditugaskan membuat penyelidikan berhubung praktis agama dan juga kepercayaan masyarakat.

 

“Mereka tak terlibat dalam mana-mana ritual”

13 pelajar terbabit telah memilih kuil di Kuala Terengganu bagi menjalankan kajian lapangan bagi memahami praktis agama Hindu.

Mereka hanya bertindak sebagai penyelidik dan tak terlibat dengan segala upacara dari kuil tersebut, ini kerana ia sebahagian daripada silibus mereka.

Ef4Fgqbwoau2Y5V
Sumber : twitter
Ef4Fjjkwkaedlwy
Sumber : twitter
Ef4Flmvx0Ae Vrh
Sumber : twitter

Banyak betul spekulasi yang timbul. kadang-kadang ada cerita sebenar pasal hal ni. Lebih teruk lagi ada yang sampai nak kaitkan dengan hal politik.

Secara tak langsungnya dah timbul kepincangan sesama masyarakat. Harap penjelasan ini dapat memnepis sebarang spekulasi.

 

Baca : Risau Polis Bertugas Di Kuil Tak Cukup Makan, Pemilik Restoran Ini Sponsor Makanan Waktu Tengah Malam

Kuil

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.