in

”Sampailah terjumpa ibu Bella, saya terus minta nombor telefon Bella sebab…” – Zizan Razak Perjelas Hubungan Dengan Bella Astillah

Zibe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak munculnya kelibat Bella Astillah ketika sambutan hari lahir ibu kepada pelakon Zizan Razak, ramai pihak yang tertanya tanya mengenai hubungan sebenar mereka.


Malah ada yang membuat spekulasi mengatakan bahawa mereka berdua menjalinkan hubungan cinta.

Hmm betul ke? Jom kita baca penjelasan Zizan.

“Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem yang bakal kami bekerjasama. Masa dia hubungi itu, saya ada tanya dia ada di mana dan dia kata ada dekat Kuala Lumpur, berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu.

“Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu, saya ajak dan dia pun datang la tapi setelah itu habis macam itu saja, tak ada apa”.

Bella Astillah 11111 1024X704
Sumber: instagram

Menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Bella, Zizan berkata dia tidak akan sewenang- wenangnya mempamerkan wajah teman wanitanya kepada umum jika dia benar-benar mempunyai teman istimewa.

Malah katanya, dia terlebih dahulu mengenali ibu dan adik kepada Bella sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dalam telefilem berkenaan.

8049A4A3D8A5D7F9034F39A7D649D27B
Sumber: instagram

“Saya ini jenis kalau bercinta sudah tentu tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial.

“Ada satu hari itu saya makan di sebuah gerai dan rupa rupanya ibu dan adik Bella, Didi duduk di belakang meja saya. Ibu dia tegur saya dan memberitahu dia adalah ibu Bella.

“Kebetulan pula, sebelum ini Ghaz ada bertanya siapa heroin yang saya nak berlakon sama untuk telefilem dan dia ada beri beberapa nama tapi saya tak kisah siapa pun.

“Sampailah terjumpa ibu Bella, saya terus minta nombor Bella sebab dapat idea untuk ajak dia berlakon jadi heroin telefilem tersebut”, katanya memetik mStar Online.

Tak sabar nak tunggu telefilem tu nanti, mesti best gandingan Zizan dan Bella kan… 

Baca: “Really berdenyut this scene” – Gambar ‘Mesra’ Zizan dan Pelakon Thailand Tarik Perhatian Ramai

Screen Shot 2019 08 24 At 12.24.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.