in

“Sampai ke sudah taktau siapa rakam dorang langgar kambing” – Jom Netflix & Chill, 6 Filem Melayu Legend Zaman Childhood

Ft Netflixmelayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tinggal di lokasi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, ketahuilah nasib korang sama macam admin. Tapi, itu tidak bermakna kita perlu bersedih dan meratap pada hari Raya nanti! Haa ni admin ada cadangan untuk korang hiburkan hati dengan aktiviti ‘chill’ di rumah.


Jom ‘Netflix & chill’ tonton 6 filem Melayu legend tahun 2000-an dulu. Confirm akan buat korang flashback zaman childhood tengok filem ni dulu dengan family and friends.

 

1. Senario Lagi

Senario2

Tak perlu admin explain panjang lebar, filem ni memang evergreen dan berjaya tambat hati ramai penonton dengan lawak-lawak yang tak kering gusi. Setiap pelakon berjaya watak mereka dengan baik dan buktinya sehingga kini nama watak masih diingati. Siapa watak favorite korang?

Meskipun dah 21 tahun, filem ini tetap buat netizen rasa nak tengok sebab itulah masing-masing excited bila dapat tahu Senario Lagi dah ada di Netflix!

Senario1

 

2. Senario Lang Buana

Filem ini adalah filem keempat yang menampilkan kumpulan pelawak Senario ini dan ditayangkan pada 2003. Lama dah kan!

Kalau korang nak tahu, filem ini menggunakan lebih 2,000 orang pelakon tambahan dan teknik CGI digunakan pada ketika itu menelas kos kira-kira RM200,000.

Buana

Ramai pelakon hebat seperti Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Kuswadinata dan ramai lagi, filem ini bagaimanapun tidak menampilkan Yassin. Tunggu apa lagi, dah boleh tengok dekat Netflix tu!

 

3. Duyung

Rasanya mesti korang setuju yang filem ini akan ingatkan korang dengan watak Aspalela sebab ada lagu yang dinyanyikan oleh pelakon utama, Saiful Apek.

Ingat tak lagi janji kita dulu aspalella
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buatku kecewa.”

Salah satu sebab admin suka filem ni adalah sebab dapat tengok laut cantik di Sabah dan tempat tinggal orang dekat sana. Lepas tu rasa macam ‘wow’ sangat bila Malaysia first time buat filem pasal Duyung. Geram je dgn Awie dalam filem ni!

Duyung

 

4. I Know What You Did Last Raya

Weh filem ni dulu admin takut, rasa seram je bila tengok. Sampai jadi paranoid haha!

I Know What You Did Last Raya ni pun filem yang evergreen dan masih ditonton sampai sekarang. Suka tengok watak masing-masing yang riuh, clumsy and chaos tu.

Walaupun dah 17 tahun, filem ni masih menjadi misteri tau. Ada sorang netizen dekat Twitter cakap sampai sekarang tak tahu siapa yang rakam geng tu langgar kambing. Siap request sekuel!

 

5. Cicak-Man

Cicak1

Benci Professor Klon! 

Filem ni berjaya buat ramai amazed dengan teknik CGI daripada KRU dan juga sebab cerita ni lain daripada yang lain. Yela, jarang Malaysia buat filem pasal superhero kan? Cerita ni of course paling disukai kanak-kanak sebab pasal superhero kan tapi golongan lain pun tak kurang juga minat tengok filem ni yang ada sekuel.

Plot twist betul last last tu rupanya Profesor Klon yang kena tangkap tu bukan yang sebenar tapi klon dia sendiri.

Cicak2

 

6. Evolusi KL Drift

Fuh! Dulu rasa hebatlah Malaysia ada cerita macam ni. Yela, yang kita selalu tengok filem mat saleh Fast & Furious tu kan? So rasa macam tak sangka negara kita ada filem aksi kereta macam tu. Korang boleh tonton Evolusi Kl Drift & Evolusi KL Drift 2 dekat Netflix!

Kereta yang digunakan untuk filem ni pun bukan calang-calang, semua sports car yang laju dan mahal. Time tu pula kemunculan pertama Aaron Aziz berlakon filem, ramailah gadis yang bergetar tulang rusuk time tu. Haha!

Drift2

Okay tak idea admin ni? Sekali sekala kita tonton filem yang legend dan evergreen kan, secara tak langsung dapat throwback benda-benda yang jadi dalam life kita zaman dulu.

Mana satu filem favorite korang zaman childhood?

Baca: 5 K drama Terkini Yang Korang Boleh Tonton Untuk Isi Masa Lapang Cuti Raya Ni!

2021 Kdrama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.