in

5 K drama Terkini Yang Korang Boleh Tonton Untuk Isi Masa Lapang Cuti Raya Ni!

2021 Kdrama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya pada tahun ini, kita sekali lagi terpaksa merayakan Hari Raya Aidilfitri di rumah saja seperti tahun lalu selepas kerajaan telah mengumumkan PKP dan PKPB buat beberapa negeri.


Raya pertama mungkin hari korang akan sedikit busy, tapi apa nak buat pada hari kedua, ketiga dan seterusnya memandangkan tak boleh ke mana-mana?

Haa meh admin nak share senarai drama korea atau K drama yang boleh tonton sempena raya ni. Tak adalah bosan duduk sorang-sorang melayan perasaan kat rumah tu kan?

 

1. Vincenzo 

143362025 3623406047755140 4551046662395039302 N

Sering menduduki carta top 10 di Netflix, kdrama yang baru melabuhkan tirainya pada minggu lepas ini antara yang admin paling nak recommend dekat korang.

Mengisahkan Park Ju Hyeong (Song Joong Ki) pada usia 8 tahun telah diambil sebagai anak angkat dan dibawa ke Itali. Setelah dewasa, dia kini menjadi Vincenzo Cassano, seorang peguam kepada Mafia.

Vincenzo

Berlakunya pertelingkahan dalam kumpulan Mafia membuatkan Vincenzo terpaksa melarikan diri ke negara kelahiran, Korea Selatan. Di sana secara tidak sengaja dia terjebak dalam permasalahan penduduk di Plaza Geumga dengan sebuah syarikat konglomerat, Babel Group.

Dia bersama peguam bernama Hong Cha Young sedaya upaya cuba menegakkan keadilan dengan memenangi kes mahkamah.

 

2. Mouse 

143924937 3635055639923514 4713081661730861441 N

Ditayangkan pada 3 Mac lepas, kdrama Mouse ini mengisahkan tentang pembunuh bersiri kejam yang telah membuatkan negara berada dalam ketakutan dan kekacauan.

Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) ialah seorang pegawai polis yang berhadapan dengan pembunuh tersebut. Selepas pertemuan berbahaya dengan psikopat tersebut, Jung Ba Reum mendapati hidupnya benar-benar berubah.

1E8C340F7A9D4C27858Df4Faff17B9Ed

Drama ini juga katanya mengisahkan tentang teknologi sains yang boleh mengenalpasti psikopat menerusi DNA dari fetus yang berada dalam perut ibunya lagi. Wow! 

Dengarnya ada plot twist sikit cerita ni… 

 

3. Penthouse 1 & 2 

121161753 622951025040907 586468359500734100 O

Diklasifikasikan sebagai drama makjang iaitu drama yang mana plot dia berselirat sikit, yang mati pun boleh hidup kembali ini mengisahkan tentang kisah keluarga-keluarga kaya yang tinggal di Hera Place serta anak-anak mereka yang belajar di Cheong-Ah Art School.

Kesemua yang tinggal di Hera Place ni ada cita-cita yang besar dan impian yang tinggi dekat anak-anak mereka sampaikan dorang ni sanggup buat apa saja untuk anak-anak mereka tu berjaya.

Bdce431976Caae1586Eca609B4C2F9E7

Kehidupan mereka semua mula kucar kacir bila ada seorang gadis misteri bernama Min Seol-ah jatuh dari penthouse tu masa mereka semua sedang berparti. Sejak dari itu, kesemua dari mereka sering berasa curiga antara satu sama lain.

Cerita ini katanya dah nak masuk season 3 dah. Fuh makin lama makin menggila storyline dia! 

 

4. Taxi Driver 

172426218 3846992412063168 2953922545329130688 N

Drama yang masih lagi bersiaran di SBS ini mengisahkan tentang perkhidmatan misteri yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat mendapatkan keadilan dari segi undang-undang.

Kim Do Ki (Lee Je Hoon) adalah pemandu misteri sebuah syarikat teksi dan dia bekerja sebagai sebahagian daripada pekerja Syarikat Rainbow Taxi untuk selesaikan masalah orang.

Kdrama ini katanya berdasarkan dari satu webtoon dengan tajuk yang sama.

Taxi Driver 2021 ซับไท

 

5. Sell Your Haunted House 

Sell Your Haunted House P1

Sama seperti Mouse, kdrama Sell Your Haunted House lakonan heroin cantik ala ‘vampire’ ni, Jang Nara masih lagi on-going tapi telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan netizen.

Ia mengisahkan tentang Hong Ji-Ah seorang bomoh yang memiliki sebuah syarikat hartanah yang unik. Syarikat ini membantu pemilik rumah atau bangunan yang berhantu untuk menjual hartanah mereka dengan harga yang sama seperti harga pasaran.

Af Hauntedhse 2004

Dia kemudian bertemu dengan Oh In-beom, seorang scammer yang menggunakan ‘hantu’ untuk mendapatkan keuntungan. Secara tak sengaja, pertemuan mereka bakal membongkar misteri kematian ibu Ji-Ah 20 tahun lepas. Wuuu menarik bukan? 

Apa-apapun harap di hari raya ini korang isilah masa yang kosong tersebut dengan perkara yang menggembirakan hati korang. Selamat Hari Raya! 

Baca: Bukan Peminat K-Drama Lah Kalau Tak Pernah Tengok 16 Cerita Ni

Kdrama

Sumber: Facebook
Sumber: ibtimes
Sumber: Facebook
Sumber: Soompi
Sumber: Hello Kpop
Sumber: Pinterest
Sumber: Facebook
Sumber: Otaku Kart
Sumber: Asian Wiki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.