in

“Rugi tak tengok” – Ini 5 Filem Malaysia Terbaru Yang Korang Memang Kena Tonton!

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak tahulah kenapa tapi bila Malaysia keluar filem-filem baru memang senang betul nak terlepas pandang. Kebanyakan dari kita pun kadang-kadang tak tahu pun kewujudan sesuatu filem tu walaupun pelakon dan ceritanya gempak.


Jadi, untuk artikel kali ni, admin akan senaraikan filem-filem terbaru Malaysia keluaran tahun lepas atau pun tahun ni supaya korang tak terlepas dari menonton filem-filem best ni.

Kebanyakan dari filem yang disenaraikan ni, korang boleh tengok melalui strim dalam talian atau pun sedang ditayangkan dekat pawagam. Jomssss

5 Filem terbaru Malaysia wajib tonton

1. La Luna

La Luna mengisahkan tentang seorang wanita Hanie yang tiba di sebuah perkampungan bernama Kampong Bras Basah. Karakter Hanie sebagai seorang wanita yang kuat menjadikan dia lain dengan penduduk-penduduk kampung yang berfikiran konservatif.

Konflik mula berlaku apabila Hanie telah membuka sebuah kedai menjual pakaian dalam bernama La Luna yang memberikan simbol memperkasakan wanita serta menyediakan tempat yang selamat untuk wanita mengekspresikan diri mereka.

Namun begitu, tempat ini menimbulkan rasa tak senang untuk Tok Hassan yang melihat kedai tersebut sebagai ancaman terhadap moral penduduk kampung serta ideologi Islam. Jadi, Tok Hassan rasa bertanggungjawab untuk menjaga akhlak penduduk kampung dan telah menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya bagi mendapatkan sokongan untuk menutup La Luna.

2. Tiger Stripes

Filem yang telah memenangi Hadiah Utama di Minggu Kritik Antarabangsa Cannes ini meneroka cabaran membesar seorang remaja dalam memahami serta menerima identitinya.

Tiger Stripes mengisahkan tentang Zaffan yang berusia 12 tahun dan sedang melalui akil baligh. Tak mempunyai sesiapa untuk menerangkan apa yang dia lalui, remaja ini rasa keliru dan tak difahami oleh orang-orang sekelilingnya termasuk rakan, keluarga dan rakan sekelas.

Tak terhalang dengan cabaran membesar di dalam komuniti yang menganggap akil baligh sebagai satu tabu, Zaffan telah berhadapan dengan penduduk-penduduk kampung untuk bercakap tentang kedatangan haid bagi memahami apa yang berlaku terhadap tubuh badannya.

3. Doh

Doh atau Dough di Netflix menceritakan tentang Faiz, lakonan Syafiq Kyle yang perlu meneruskan perniagaan warisan keluarganya, Farhan Bakery selepas kematian bapanya. Namun begitu, satu kedai bakeri moden yang lebih popular telah masuk ke kawasan tersebut membuatkan Faiz dan adik-adiknya tertekan untuk mempertahankan tradisi keluarganya.

Situasi menjadi bertambah rumit apabila Faiz lebih sukakan kehidupan modennya di Kuala Lumpur dan dah lama meninggalkan kemahiran menguli tepung di Ipoh.

4. Eraser

Filem Eraser mengisahkan tentang Ah Yoke dan anak perempuannya Xiao Li yang sedang melarikan diri dari penderaan yang dihadapi oleh mereka di rumah. Mereka telah bertembung dengan Ahmad, seorang pembuat batu nisan yang telah membantu untuk memberikan tempat perlindungan.

Kehadiran mereka di dalam rumah Ahmad telah disambut dengan baik sekaligus membuatkan hubungan di antara Xiao Li dan Azman, anak lelaki Ahmad menjadi rapat. Apabila hubungan mereka bertukar menjadi percintaan, Ah Yoke tak dapat menerima perkara tersebut walaupun ianya disambut baik oleh keluarga Ahmad.

Lebih merumitkan keadaan, isteri Ahmad, Khatijah telah disahkan menghidap kanser dan meminta Azman dan Xiao Li untuk bekerjasama mereka bentuk batu nisannya sebagai permintaan terakhir.

5. Sheriff: Narko Integriti

Filem terbaru dari Syafiq Yusof ini sedang ditayangkan di pawagam sekarang.

Ia mengisahkan tentang Syerif, seorang pegawai polis dari Jabatan Integriti yang cuba untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Dipasangkan bersama Nazri, anggota muda dari Jabatan Narkotik, mereka berdua cuba untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit.

Filem ini turut menyelitkan anggota-anggota polis korup yang terlibat dengan dadah dan rasuah.

Sumber: The Smart Local

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.