in

Sampai Ada ‘List’! Sekumpulan Wanita Singapore Himpun Senarai Nama Lelaki ‘Blacklist’ Untuk Dielak

462Db543 5743 4603 9F4A 9D379033F5A6

Mesti korang pernah dengar istilah wanita ni kalau dah sayang, dia akan betul-betul sayang, kan?

Hal ini menjadikan wanita sering menjadi mangsa dalam ketidakadilan dalam perhubungan. Walaupun kadang-kadang lelaki juga ada yang jadi mangsa, namun lebih banyak isu yang kita dengar atau baca tidak menyebelahi pada wanita.

Namun di masa kini, kita dapat lihat wanita lebih berani bersuara jika mereka dikasari atau dipermainkan.

Di Singapore, sekumpulan wanita siap buat senarai berkenaan perkara ini. Melalui akaun Tiktok @denise_tyh, telah mengumpulkan nama-nama lelaki yang pernah bersama mereka bersama-sama kesalahan ataupun red flag yang dilakukan lelaki-lelaki tersebut. Ha… gigih kan?

@denise_tyh

yes girls shud unite together, esp against trashy guys but like this is q toxic imo cuz what if the guy got falsely accused..? #fypシ #sgtiktok

♬ original sound – Denise Tan – Denise Tan

Senarai itu dikatakan bertujuan agar wanita lain peka akan latar belakang lelaki yang bakal mereka pilih sebagai pasangan di masa akan datang, dan lebih mudah untuk mereka elak jika lelaki itu ada dalam senarai tersebut.

Menerusi video berdurasi empat saat itu, kita tidak dapat melihat perincian kepada lelaki tersebut termasuklah nama, yang pastinya tidak mahu didedahkan oleh pemilik video atas sebab privasi. Namun, kita dapat lihat serba sedikit sebab mengapa nama mereka diletakkan dalam senarai itu.

Antara sebab yang popular dalam senarai tersebut termasuklah curang dan suka memeras ugut pasangan mereka. Ada juga antara sebab-sebab tersebut boleh diklasifikasi sebagai gangguan atau serangan seksual.

115543106 Gettyimages 929914974

Namun, pemilik video ini secara peribadinya merasakan bahawa tindakan ini agak toksik dan bertanya bagaimana jika ada lelaki yang dituduh secara tak berasas. Boleh jadi ada yang saja buat cerita dalam senarai tu. Siapa tahu, kan?

Pendapat netizen bercampur baur di ruangan komen video Tiktok ini. Ada yang bersetuju senarai seperti ini dibuat untuk ‘ajar’ lelaki-lelaki itu. Ada juga yang memberi cadangan agar ruang untuk diletakkan bukti seperti tangkap layar atau foto diwujudkan agar tidak ada sesiapa yang difitnah.

55 44 22 11

Tak lupa juga pada lelaki yang bercadang agar senarai dari pihak mereka juga perlu dicipta.

Lelaki

Macam kat sekolah pula kan, main tulis-tulis nama. Kalau korang pula rasa macam mana? Patut ke tak sebenarnya senarai macam ni dibuat?

BACA: Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal: Polis Minta Mangsa Tampil Segera Bantu Siasatan

Gg