“Sampah masyarakat!” – Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sampah masyarakat!” – Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Sudah semestinya, negara kita sentiasa menerima pelancong dari serata dunia. Selain untuk memantapkan ekonomi negara, kita juga dapat tunjukkan kepada mereka keistimewaan negara ini jika mahu dibandingkan dengan negara-negara lain. Tapi sadis sekali apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini kepada pelancong kita, lebih-lebih lagi yang berpunca daripada rakyat kita sendiri.

Tular di media sosial tentang perkongsian wanita dari Filipina ini apabila dia diganggu oleh sekumpulan lelaki di Sunway Lagoon pada hari Khamis yang lalu. Haih macam-macam! Ruffa Gutierrez, seorang pelakon terkenal juga merupakan bekas Miss World 1993 telah pergi ke Sunway Lagoon bersama dua orang anak perempuannya, Lorin Gabriella, 15 dan Venice Bektas, 14, untuk bercuti.


Ruffa
Sumber: Preen

Difahamkan Ruffa telah berjanji dengan rakannya, Juliana Hussin, untuk bertemu di taman tema berkenaan. Kejadian tersebut berlaku apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba mengambil gambar dua orang anaknya tanpa meminta apa-apa kebenaran, serta dengan beraninya cuba mendekati mereka berdua. Eh tak malu betul! Momen itu turut dirakam oleh salah seorang anaknya melalui instastory, namun difahamkan telah dipadam.

“Masa anak-anak saya naik roller coaster, saya dan kawan saya pergi beli burger. Tak lama lepas itu, tiba-tiba mereka menangis dan beritahu diganggu oleh sekumpulan lelaki. Lelaki-lelaki itu ambil gambar dan beri blowing kisses pada mereka,” kata Ruffa.

Photo 2018 02 18 20 16 44
Sumber: WOB

Ruffa cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan hanya membiarkan kejadian tersebut berlalu. Tetapi tanpa disangka, 10 lelaki tersebut kemudian dengan selamba telah mengekori tiga beranak itu, malah cuba untuk menyerang mereka. Pulak dahhh!

“Kami marah mereka sebab bersiul ke arah kami, tapi mereka cuba untuk serang pula. Kami datang ke Sunway Lagoon Malaysia untuk berseronok, tapi tak sangka kat sini tak selamat.”

Tanpa berlengah, Ruffa dan anak-anaknya membuat laporan kepada pihak bertugas dan meminta agar ada pihak berkuasa dapat mengiringi mereka hingga ke kereta dek kerana takut sekiranya perkara yang lebih buruk berlaku. Ruffa turut mengambil gambar lelaki-lelaki tersebut, dan dengan bangganya mereka membuat peace pada Ruffa.

Photo 2018 02 18 20 16 40
Sumber: WOB

Melalui laman Twitter juga, Ruffa berharap agar semua taman tema tidak membenarkan lelaki-lelaki seperti ini untuk memasuki memandangkan di situ terdapat ramai kanak-kanak. Difahamkan juga, pihak Sunway Lagoon telah memohon maaf kepadanya atas apa yang telah terjadi.

“Walaupun saya tak sangka benda macam ni boleh jadi di Malaysia, tapi saya tak akan anggap semua orang Malaysia sebegitu dan saya akan datang ke sini semula suatu hari nanti”

Kejadian ini rata-ratanya mendapat kritikan dan cemuhan yang hebat daripada netizen kerana mereka telah memalukan negara.

Photo 2018 02 18 21 02 54
Sumber: WOB
Photo 2018 02 18 21 02 59
Sumber: WOB
Photo 2018 02 18 21 03 02
Sumber: WOB

Bilalah masyarakat seperti ni nak pupus? Memalukan negara betul la ?

Baca: Wanita Diganggu Lelaki Miang Onani Depan Mata Buat Laporan Polis, Sebaliknya Ditertawakan

Photo 2018 02 18 20 57 46

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Zarith Sofea
Lagi tulisan Zarith
Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sampah masyarakat!” – Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sampah-masyarakat-sekumpulan-lelaki-dikritik-kerana-ganggu-selebriti-di-sunway-lagoon/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM