Wanita Diganggu Lelaki Miang Onani Depan Mata Buat Laporan Polis, Sebaliknya Ditertawakan

Keselamatan kita semakin hari semakin merisaukan apatah lagi jika anda seorang perempuan. Mengapa di negara sendiri pun kita tidak rasa selamat? Well, siapa ada jawapan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Ana Jonessy menceritakan pengalamannya berdepan dengan situasi di mana seorang lelaki mengeluarkan kemaluan dan melakukan onani di hadapan galeri miliknya di Lorong Dewan, Kota Kinabalu.

“Berhati-hati dengan lelaki di dalam gambar ini. Tindakannya dari hari ke sehari boleh menjadi-jadi, menyebabkan kecederaan dan membahayakan orang lain.” kata Ana.

Sumber: Facebook | Ana Jonessy

Menurut Ana, lebih kurang seminggu yang lalu lelaki ini mengeluarkan kemaluannya dan lalu lalang di hadapan beliau sebelum meminta izin untuk memasuki galerinya.

Meskipun lelaki itu kelihatan seperti tidak membahayakan, beliau dengan sopan meminta lelaki itu untuk pergi dari situ kerana bimbang akan diserang. Bagaimanapun lelaki itu seperti tidak mempedulikan Ana dan sebaliknya terus melakukan onani sambil memandang muka beliau. Ewwwww!

“Dia melangkah ke hadapan dan melancap dengan bersungguh-sungguh sekali di hadapan pintu masuk utama kami, air maninya bertaburan di atas lantai dan setelah ‘selesai’ dia terus pergi dengan tergesa-gesa dalam keadaan ketakutan atau keseronokan.” katanya.

Sumber: Facebook | Ana Jonessy

Ana kemudian membuat laporan kepada pihak polis dan penguatkuasa undang-undang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu supaya mereka dapat meningkatkan rondaan harian di Lorong Dewan memandangkan sudah beberapa kali berlakunya kes lelaki gelandangan menghidu gam, rompakan dan samun di kawasan itu.

Namun menurut Ana, apa yang menyebabkannya marah dan sakit hati adalah pihak polis sebaliknya mentertawakan beliau dengan laporan yang dibuat itu.

“Saya ditertawakan oleh dua pegawai wanita dan seorang pegawai wanita. Salah seorang pegawai wanita itu malah berleter dan mengatakan ianya salah saya kerana memilih untuk membuka galeri di kawasan itu.”

Pegawai wanita itu juga turut berkata saya sepatutnya melakukannya perkara yang sama (menunjukkan kemaluan) atau merakam perbuatannya dan memuat naik video itu di Facebook.” kata Ana.

Serius lah?!

Berang dengan reaksi pegawai polis itu semua, Ana berlalu pergi dan tekad untuk mengambil gambar lelaki itu jika dia ternampak sekali lagi. Beliau kemudian ternampak lelaki itu ketika berjumpa dengan kawannya. Menurut Ana, lelaki itu mudah dikesan kerana beliau memakai jersi dan seluar jeans yang sama.

Sumber: Facebook | Ana Jonessy

Kawan Ana, Jess pula membuat laporan pada hari itu dan pegawai polis memberikan reaksi yang sama seperti yang berlaku kepada Ana sebelum itu.

Selepas terjadi kali kedua, Ana mempersoalkan keberadaan pegawai polis memandangkan balai polis hanya beberapa meter dari kawasan itu.

“Kenapa mereka ambil masa yang sangat lama untuk bertindak? Adakah mereka sememangnya tidak peduli? Mereka tak fikir ke perlakuan seperti itu boleh menyebabkan kecederaan atau membahayakan dan boleh membawa kepada kes hendap, serangan fizikal, rogol dan sebagainya?” soal Ana.

Sumber: Facebook | Ana Jonessy

Menurut Ana, apa yang diharapkan cuma pihak polis sekurang-kurangnya menghantar lelaki itu ke pusat pemulihan kerana kesalahan yang dilakukannya itu.

Di akhir status tersebut Ana turut memberitahu orang ramai supaya berwaspada tak kira di mana.

“Tolong share tentang cerita ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Dan tolong tolong tolong ingat barang harian yang digunakan (pen, kunci, kasut tinggi dan sebagainya) boleh digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri ketika dalam bahaya.” katanya.

Berhati-hati ye semua!

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!