“Sampah masyarakat” – Pukul Rakan Masa Hari Jadi, Trend Terbaru Remaja Sekarang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kes buli dan pukul makin menjadi-jadi sekarang ini. Tak kira lah sama ada pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah, sama je dua-dua. Dorang ini langsung tak fikir kesan dekat kawan yang dorang pukul tu, dan seolah-olah macam bangga pulak bila dapat pukul. Kan! Tah pahape tah!

Macam baru-baru ini, tular satu video berdurasi 28 saat dekat Facebook, seorang pelajar yang dipukul kawan-kawannya. Menurut Arie Lazim, kejadian ini berlaku dekat SMK Bukit Jelutong, Shah Alam. Difahamkan pukul memukul ini adalah tradisi dorang dalam menyambut hari jadi kawan-kawan, yang memang dah dibiasakan dekat sekolah. Aikk? Pelik ni!

Sumber: Facebook

“Cikgu Saiful (guru disiplin) kata akan ambil tindakat dari bulan Januari lagi, tapi sampai sekarang tak ada apa-apa tindakan”

“Bulan lepas ada satu lagi kejadian, pelajar dicampak dalam kolam depan sekolah” GILAAA WEHHH!

Kata Arie, guru disiplin dekat sekolah tu dah janji nak siasat perkara ini dan kalau boleh nak hentikan ‘tradisi’ ini kat sekolah, tapi sampai sekarang masih tak ada apa-apa perubahan, malah makin banyak pulak kes yang berlaku.

Sumber: Facebook

“Perlu ada kejadian maut atau serius baru nak ambil tindakan?”

Difahamkan pelajar yang kena pukul itu dikenali sebagai Khairul, dan dia dibelasah oleh lapan pelajar lain dalam sebuah bilik darjah dekat sekolah itu. Kalau kita tonton video tersebut, lapan pelajar itu nyanyi lagu selamat hari jadi sebelum bertindak menyepak dan memukul Khairul guna kayu penyapu. GILAAA DOHHHH! Dan walaupun Khairul mengerang kesakitan, pelajar-pelajar itu tanpa ada rasa kasihan terus pukul dan sepak mangsa.

Sumber: Facebook

Video yang kini mendapat lebih daripada 30 ribu penonton berjaya tarik perhatian netizen. Masing-masing bimbang kalau perkara ini berlarutan, dan apa nasib yang akan menimpa pelajar-pelajar lain lepas ini.

“Agak-agak bila mati anak orang baru nak ambil tindakan kot. Guru-guru sekolah ini makan gaji buta kot. Tak pantau ke pelajar-pelajar?”

“Selagi tak ada kematian, teruskan lah trend macam ini. Haih!”

“Majlis hari jadi paling bod*h! Harap pihak kementerian pendidikan, ppd dan pihak sekolah segera siasat kejadian ini sebelum merebak dekat sekolah lain”

Alahai dik oi.. Mana ada orang sambut birthday macam tuuu!!!

Baca: Pelajar Tingkatan 4 di Melaka Mati Dipukul Dengan Getah Paip Untuk Beri Pengajaran

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.