in

Samakan BTS Dengan COVID-19, DJ Jerman Mohon Maaf Lepas Teruk Dikecam ‘ARMY’

feature 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang DJ radio dari Jerman telah dikecam hebat lepas dia mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman terhadap kumpulan K-Pop popular Korea Selatan, BTS, lapor Allkpop.

Matthias Matuschik dikatakan telah meyamakan BTS dengan virus Covid-19 ketika rancangan live dan ini telah menimbulkan kemarahan peminat artis tersebut, ARMY. Perkara ini bermula apabila DJ tersebut ‘bengang’ dengan BTS yang menyanyikan semula lagu ‘Fix You’ oleh kumpulan Coldplay di rancangan MTV Unplugged baru-baru ini.


bts 5

Remaja di luar sana yang masih mendengar jangan marah saya sebab saya rasa BTS macam virus seperti COVID-19 yang harapnya akan ada vaksin untuk itu,” katanya dalam satu rancangan live radio baru-baru ini.

Instagram peribadi DJ tersebut juga telah diserang ARMY yang menggesa dirinya memohon maaf terhadap BTS. Kali ini, penyampai radio Bayern 3 itu akhirnya membuat permohonan maaf.

bts 1

Saya mahu memohon maaf seikhlas hati dengan apa yang telah berlaku. Saya mengaku yang saya mungkin telah mengguris hati ramai pihak terutamanya masyarakat Asia. Saya tak berniat untuk mengutuk sesiapa,” katanya.

Selain itu, stesen radio terbabit juga telah mengeluarkan permohonan maaf bagi pihak DJ tersebut. Wakil radio mengatakan penyampai radio itu dan keluarganya juga telah diugut dan pihak radio akan pastikan yang perkara yang sama tak akan berulang lagi.

bts 6

Namun, ada juga peminat yang mengatakan permohonan maaf itu seperti tidak ikhlas dari hati penyampai radio tersebut.

bts 7

bts 8

Sebelum ini, persembahan BTS di rancangan MTV itu telah mendapat pujian daripada penyanyi asal lagu tersebut iaitu Coldplay yang dianggotai oleh Jonny Buckland, Chris Martin, Will Champion dan Guy Berryman menerusi Twitter.

Baca: “Habislah korang..” – Agensi Suruh ARMY Buat Laporan Kalau Ada Sesiapa Bagi Komen Negatif Terhadap BTS!  

bts

Sumber: Allkpop
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.