in

5 Bintang K-pop Yang Pernah Dihukum Masuk Penjara & Jenayah Yang Dilakukan Mereka

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang K-pop boleh dikatakan antara selebriti yang sangat popular di dunia selepas bintang Hollywood. Malah dorang juga turut digelar sebagai “idola” oleh peminat-peminat mereka.

Namun begitu, mereka juga manusia dan tetap ada lakukan kesalahan. Malah ada yang buat kesalahan sehingga dipenjarakan tau. Kalau korang nak tahu jenayah apa yang telah dibuat oleh bintang-bintang K-pop ini sehingga menyebabkan dorang tertangkap, baca dekat bawah ni.


Artikel berkaitan: “Ada yang korang minat?” – Ini Segelintir Bintang K-pop Yang Didakwa Nyatakan Sokongan Pada Israel

Artikel berkaitan: Kim Sung Jae: Kematian Bintang K-pop Paling ‘Misteri’, 28 Kesan Jarum Ditemui Pada Mayatnya

1. Seungri

Images 8

Bekas ahli BIGBANG, Seungri merupakan ahli yang aktif dalam chat room Jung Joon Young di mana orang-orang di situ telah kongsikan video seks mereka dan ahli lain akan memberikan rate. Namun begitu, dia hanya disiasat atas penglibatannya di dalam chat room tersebut dan dikatakan tidak kongsi lebih dari satu gambar yang ditemui di dalam talian.

Seungri turut didakwa atas tuduhan skandal Burning Sun yang mendedahkan dia telah menyediakan pelacur kepada ahli-ahli perniagaan, penyelewengan wang, perjudian dan beberapa jenayah lain.

Ekoran ini, Seungri telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun namun dibebaskan selepas 18 bulan.

2. Jung Joonyoung

Fd0Ca2673D1547B5B843F5C83C4420B0

Pernah menjadi penyanyi dan penulis lirik popular, kerjaya Jung Joonyoung musnah selepas didedahkan yang dia telah memainkan peranan yang penting dalam skandal Burning Sun. Dia bukan sahaja terlibat dalam chat yang kongsi video seksual wanita tanpa persetujuan, dia juga turut merakam dan menghantar video tersebut. Dia juga telah didakwa merogol dua wanita bersama bekas ahli kumpulan FTIsland, Choi Jonghoon.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahannya itu.

3. Kris Wu

1646509762 Kriswu

Pernah menjadi ahli kumpulan terkenal EXO, Kris Wu telah dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun selepas dia didapati bersalah melakukan perkara tak senonoh serta merogol beberapa wanita termasuk dua gadis bawah umur.

Kelakuannya ini mula diketahui pada 2021 apabila seorang pempengaruh kecantikan berusia 18 tahun, Du Meizhu yang telah mendedahkan Wu melalui laman web China, Weibo.

Terdapat dakwaan bahawa Du telah menggugurkan tuduhan tersebut sebelum Wu didakwa. Wu dan kumpulan peguamnya pula telah menafikan perkara ini namun permintaan mereka untuk membuat rayuan telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan Cina 2023.

Selepas Wu menamatkan hukuman penjara, dia akan dihantar keluar dari China dan pulang ke Kanada. Wu turut dikenakan denda US$84 juta kerana memalsukan transaksi pada tahun 2019 dan 2020.

4. Dahee

Dahee Focus Promo Photo 28229

Kumpulan wanita pertama keluaran Big Hit Music, GLAM telah mengalami banyak cabaran sepanjang kerjaya pendek mereka termasuk salah seorang ahlinya didapati bersalah cuba untuk mengugut seorang pelakon Lee Byunghun pada 2015.

Selepas senyap-senyap merakamkan bukti skandal Lee Byunghun dengan kawannya dan model Lee Jiyeon, mereka telah cuba memeras ugut pelakon tersebut dengan menggunakan video-video yang diambil.

Lee kemudiannya telah melaporkan mereka kepada polis dan turut menuduh dua wanita tersebut merancang untuk lari ke Eropah. Dahee yang kini dikenali sebagai Kim Siwon telah menghabiskan masa setahun di penjara atas kesalahannya itu.

5. Ravi

Vixx Ravi Solo Album May 2021.Png

Pada tahun 2023, satu berita mendedahkan bahawa Ravi, ahli kumpulan VIXX telah terkantoi kerana telah memalsukan simptom-simptom epilepsi atas cubaan untuk mengelak daripada terlibat dalam latihan ketenteraan wajib selama dua tahun.

Satu dokumen menunjukkan yang dia telah mengupah seorang broker tentera untuk mengajar apa yang perlu dilakukannya ketika pemeriksaan ketenteraan supaya dia boleh didiagnos dengan epilepsi.

Sejak itu, dia telah meninggalkan VIXX dan meminta maaf atas tindakannya. Dia juga telah menerima hukuman penjara setahun dan perlu membuat khidmat masyarakat selama 120 jam.

Sumber: Ranker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.