in

‘Habislah korang..’ – Agensi Suruh ARMY Buat Laporan Kalau Ada Sesiapa Bagi Komen Negatif Terhadap BTS!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amaran kepada mereka yang suka memberikan komen berniat jahat serta fitnah khasnya kepada kumpulan Kpop, BTS. Agensi pengurusan Big Hit Entertainment komited dalam menangani salah laku jenayah siber yang ditujukan kepada artis naungan mereka.Tindakan negatif seperti itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.


Menurut laporan Soompi, Big Hit Entertainment berkata mereka sudah mengumpul bukti dan komen toxic yang ditulis oleh netizen di media sosial.

“Berdasarkan aduan kami sebelum ini, beberapa pihak telah dijatuhi hukuman denda dan polis sedang menyiasat mereka yang terbabit sama.

“Selama proses dakwaan itu, ada yang berusaha untuk membuat tawaran penyelesaian tapi kami tetap dengan prinsip untuk tidak memberikan keringanan hukuman,” 

Sebelum ini, ada beberapa pihak sudah dihadapkan ke mahkamah dan sedang menanti keputusan, malah Big Hit Entertainment juga merancang untuk membuat lebih banyak aduan dan tuntutan ganti rugi.

Dalam kenyataan itu, Big Hit Entertainment turut meminta peminat BTS yang menggelarkan diri mereka ARMY, turut membantu melaporkan sebarang penulisan buruk yang ditujukan kepada kumpulan Kpop popular itu.

Baca: Wow new ARMY! – Peminat Risau Takut Ernie Zakri Jadi Terlalu Obses Dengan Group Kpop BTS

Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.