
Seringkali menjadi mangsa kutukan fizikal, Haneesya Hanee sudah lali kerana tohmahan itu sudah diterima oleh orang keliling sejak dari kecil lagi. Namun begitu, cara warganet persendakan warna kulitnya itu untuk kali ini agak keterlaluan sehinggakan ibunya terpaksa buat laporan polis.
Hajarul Aswad is shaking”
Bagi ibunya Nor Sakuraneeda, kutukan warna kulit itu dia sendiri dah tak kisah, malah jika ada yang mengungkit mengenai isu lama pasal kelab malam pun dia sedikit pun dia tak ambil hati.
Tapi apa yang melampau adalah ada segelintir warganet mengutuk kulit hitam anaknya itu disamakan dengan Hajarul Aswad. Menggunakan barang suci untuk jadikan bahan senda fizikal orang.
Malah ada juga yang menggunakan foto Haneesya sebagai objek untuk benda-benda gelap seperti Bubble Tea.
Disebabkan kutukan melampau itulah yang mendorong ibu Haneesya ini membuat laporan polis terhadap individu tersebut.
“Haneesya dah penat bercakap so now let my mother talk. Yall can mess with me but not with this lady’s daughter. So to @akustikajalanan & @JefriiMY“
Lebih teruk lagi sampaikan orang mengutuk tempat tinggalnya, tapi part paling melampau sekali bila ada yang mempersendakan kulit gelap anaknya itu dengan ayat ‘hajarulaswad is shaking’, dah terang-terang biadap.
You have 2 weeks from now to do a public apology if not my mom is taking this to the court”
Memandangkan individu tersebut telah diberikan tempoh 2 minggu membuat permohonan maaf secara terbuka kalau tak nak dikenakan tindakan mahkamah, kedua-dua individu tersebut telahpun tampil memohon maaf kepada keluarga Haneesya Hanee ni.


Walaupun perit melihat anaknya disakiti sehingga menitiskan air mata, ibu Haneesya Hanee tetap memberikan peluang kedua kepada warganet yang telah mengguris hati mereka sekeluarga.
Video kenyataan terbuka yang dimuatnaik di Twitter ini telah meraih lebih daripada 2,000 perkongsian. Bagaimanapun, rata-rata memberi sokongan moral kepada Haneesya sekeluarga.
Harap kes ini dapat dijadikan pengajaran, dah nak masuk 2020 tak payah lah bodyshame orang semata-mata nak dapatkan attention daripada orang lain. Cermin diri tu dulu.