“Ramai je artis yang gelap tapi tak desperate” – Netizen Bosan Haneesya Hanee Kerap Muat Naik Isu Kulit Gelap di Twitter?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam dunia ini, Tuhan telah menciptakan manusia dengan pelbagai warna kulit. Kita sebagai manusia tak eloklah membanding-bandingkan warna kulit masing-masing sebab yang putih tak semestinya lawa dan yang gelap pulak tak semestinya hodoh.

Perkara ini juga sering disebut-sebut oleh bekas peserta Dewi Remaja, Haneesya Hanee yang kerap bersolidariti tentang warna kulit di Twitter. Namun disebabkan dia terlalu kerap sangat bercakap tentang hal ini, netizen katanya dah mula rasa bosan dengan isu kulit gelap ni. Laa kenapa pulak?? 

Sumber: Blog

 

“Sorry but I have to say it, Hannesya Hitam” 

Menerusi satu posting di Twitter, Haneesya telah memuat naik komen dan gambar seorang netizen yang telah menghina dirinya dengan mengatakan dia berkulit hitam.

Sumber: Twitter

Uish beraninya cakap macam tu… 

 

“Memang betul pun, screenshot buat apa? You pun mengaku kan?”  

Macam manapun, posting Haneesya ni tak dapat sokongan daripada netizen sebab kebanyakan daripada mereka rasa yang netizen terbabit cakap benda sebenar dan memang diakui artis remaja tu sendiri hampir setiap hari.

Malah ada juga yang berfikiran Haneesya ini menggunakan isu kulit untuk menaikkan namanya dalam industri. Laa pulak dah??

Sumber: Twitter

 

“Daripada aku mental layan orang bodoh baik aku buat kerja aku” – Haneesya

Sungguhpun Haneesya terang-terangan nampak marah dengan kritikan yang dia dapat di Twitter, artis remaja ini kemudian memilih untuk bertenang kerana terlalu penat bercakap tentang isu kulit gelap.

Baginya, lebih baik fokus dengan kerjaya yang dia ada sekarang daripada melayan kecaman orang ramai.

Apa-apapun admin harap korang hentilah kecam Haneesya dan teruskan beri semangat untuknya hadapi kutukan orang tentang isu kulit gelap ni. Bagi admin, ramai je kat sana yang berkulit gelap tapi mereka chill je dan jalani hidup macam biasa. So tak ada masalah kan?

Baca: “Lutut lupa nak berus ke” – Dikecam Lutut Berkerak, Respon Haneesya Hanee Memang ‘Win’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!