in

Salahkan Imigran Muslim Jadi Punca Serangan Di Christchurch, Senator Dibaling Telur Sewaktu Temubual

Untitled Collage 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Penyebab utama pertumpahan darah di New Zealand hari ini adalah daripada polisi imigrasi yang membenarkan fanatik-fanatik Islam masuk ke negara itu.”


Demikian kenyataan yang dibuat-tanpa-berfikir-panjang Senator Queensland, Fraser Anning semalam — sehingga mengundang kecaman dan kritikan masyarakat antarabangsa.

Ia dianggap kontroversi dan berbaur perkauman, kerana Anning hanya mahu Australia menerima imigran atau pendatang dari kalangan penganut Kristian Eropah sahaja — manakala imigran Muslim, dilarang sama sekali untuk masuk ke negara itu.

 

Anning, are you okay? Are you okay, Anning?

Hari ini, sejarah baru tercipta buat Anning.

Ketika ditemuramah sekumpulan wartawan di Melbourne, seorang remaja lelaki yang berdiri di belakangnya bertindak membaling telur ke atas kepala Anning — sambil merakam perbuatan tersebut dengan telefon bimbitnya.

Namun Anning yang terkejut dengan perbuatan itu, menampar dan menyerang remaja terbabit sebelum dia dibawa pergi oleh pengawal keselamatan.

Salah satu pukulan tersebut, terkena kepala remaja belasan tahun itu.

Identiti remaja berani itu bagaimanapun tidak didedahkan, dan difahamkan dia telah pun dibebaskan dari tahanan pihak berkuasa.

Rata-rata netizen yang berkongsi sentimen kebencian terhadap senator itu, memuji tindakan berani remaja terbabit yang kini diberi jolokan sebagai the #eggboy.

Begitu rancak dan hebohnya insiden balingan telur ni di dunia maya, sehingga ada pengguna media sosial yang mencetuskan idea mahu membeli lebih banyak telur untuk diberikan kepada remaja tersebut!

Tak kurang juga, ada yang bersedia mahu membiayai pendakwaan eggboy ni kalau dia disabitkan di mahkamah.

Anning 1

Anning 2

Anning 3

Anning 6

Tenang semua, tunjuk peribadi mulia

 

Kami sebenarnya bukan nak condone tindakan baling telur terhadap Anning ni, tapi kenyataan yang dibuat beliau memang mengundang kemarahan orang ramai.

Dalam waktu-waktu tegang macam ni, adalah baiknya kita semua tunjukkan peribadi sebenar yang sepatutnya dipraktikkan dalam Islam.

Pada waktu dan ketika ini, seluruh dunia memberi perhatian terhadap umat Islam — yang bukan sahaja menjadi mangsa tembakan melulu manusia hilang arah, malah turut menjadi sasaran diskriminasi serta pelbagai pra-sangka anti Islam lainnya yang semuanya didasari satu penyakit utama manusia iaitu hasad benci.

Bukan hasad dengki ye, tapi hasad benci.

Janganlah kita membalas kebencian, dengan kebencian — kerana ia hanya akan menimbulkan lebih banyak kebencian yang tak sudah-sudah.

Faham ke?

 

Baca: “Muslim lah penyebabnya” – Senator Queensland Salahkan Orang Islam Atas Berlakunya Insiden Tembakan Rambang di Christchurch

Anning

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.