Rempuh Tempat Duduk Penonton, 9 Orang Cedera Dalam Insiden Kereta Terbabas

Tambah ke Sumber Pilihan
Rempuh Tempat Duduk Penonton, 9 Orang Cedera Dalam Insiden Kereta Terbabas

Sekurang-kurangnya sembilan individu cedera dalam satu insiden membabitkan sebuah kereta yang hilang kawalan semasa acara perlumbaan demolition derby di Walcha Showground, New South Wales, Australia.

Kejadian yang berlaku pada petang Sabtu itu mencetuskan suasana panik apabila sebuah kereta pelumba merempuh kawasan penonton yang berada berdekatan trek.


Insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 6.15 petang apabila kereta yang sedang bertanding tiba-tiba terbabas dan menghentam tempat duduk mudah alih penonton.

Rakaman video yang tersebar di media sosial memperlihatkan kereta berwarna merah itu meluru ke arah kumpulan penonton sebelum berlaku kekecohan di lokasi.

Screenshot 2025 11 16 At 1.00.40 Pm

Artikel berkaitan: Lagi Anggota Trafik Terlibat Kemalangan Ketika Iringi Delegasi ASEAN

Artikel berkaitan: Gara-gara Kejar Ambulans Bawa Nenek, Pemandu Sebabkan Kemalangan Dengan 5 Kenderaan

Menurut polis New South Wales, seorang lelaki berusia 54 tahun cedera kritikal, manakala tiga lagi mengalami kecederaan serius. Secara keseluruhan, sembilan mangsa, terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 75 tahun.

Mereka telah dikejarkan ke Hospital Daerah Walcha untuk rawatan. Empat daripadanya dijangka dipindahkan ke hospital lain yang mempunyai kemudahan lebih lengkap.

Tindakan pantas orang awam di lokasi membantu mengurangkan risiko keadaan menjadi lebih buruk.

Beberapa penonton dilaporkan memberikan bantuan kecemasan awal kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan paramedik.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan, termasuk menilai aspek keselamatan penganjuran acara tersebut.

Setakat ini, pihak penganjur belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, namun siasatan akan meneliti sama ada wujud kecuaian atau kegagalan mematuhi prosedur keselamatan standard.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Rempuh Tempat Duduk Penonton, 9 Orang Cedera Dalam Insiden Kereta Terbabas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rempuh-tempat-duduk-penonton-9-orang-cedera-dalam-insiden-kereta-terbabas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM