“Muslim lah penyebabnya” – Senator Queensland Salahkan Orang Islam Atas Berlakunya Insiden Tembakan Rambang di Christchurch

Tambah ke Sumber Pilihan
“Muslim lah penyebabnya” – Senator Queensland Salahkan Orang Islam Atas Berlakunya Insiden Tembakan Rambang di Christchurch

Dalam pada orang ramai serata dunia bersedih dengan insiden tembakan rambang di dua masjid dekat Christchurch awal petang tadi, seorang ahli senat Australia telah mengeluarkan kenyataan yang tak masuk akal dan menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Menerusi perkongsian di Twitter, Senator Fraser Anning jelas-jelas menyatakan sokongannya terhadap pengganas yang menembak rambang jemaah di masjid tersebut. Ini apa yang dikatakannya…


“Sebab sebenar pertumpahan darah di New Zealand ini berlaku kerana program immigration yang membenarkan para fanatik Muslim untuk berpindah ke New Zealand” 

Setelah hampir 50 orang dilaporkan meninggal dunia akibat insiden berdarah awal petang ini, seorang senator dari Queensland telah mengeluarkan kenyataan menyalahkan orang Islam atas apa yang berlaku. 

Ini antara sebahagian kenyataan beliau yang diterjemah admin:

“Saya sememangnya menolak segala bentuk keganasan yang berlaku dalam komuniti kita, dan saya mengecam tindakan penembak tersebut. 

“Walau bagaimanapun, sungguhpun tindakan keganasan vigilantism ini tidak boleh diterima, ia seakan-akan menandakan meningkatnya ketakutan dalam komuniti kita, kedua-duanya di Australia dan New Zealand, disebabkan meningkatnya kehadiran orang Muslim. 

“… Sebab utama pertumpahan darah berlaku di New Zealand hari ini ialah kerana program imigrasi yang membenarkan Muslim fanatik berpindah ke New Zealand.

“Biar saya jelaskan di sini, meskipun Muslim yang jadi mangsa hari ini, selalunya merekalah yang jadi pelaku. Di seluruh dunia, Muslim membunuh orang atas nama agama dalam jumlah yang banyak…” 

Fuh sedap mulut salahkan orang Islam! 

“Tak sensitif langsung. 40 orang dah mati… Senator Anning menjelikkan kita semua” 

Rata-rata netizen di Twitter mengecam kenyataan yang dikeluarkan senator ini. Mereka menganggap Anning sebagai tak sensitif dan ‘sakit’ kerana tidak bersimpati dengan apa yang berlaku.

Bodo Amat
Sumber: Twitter

Netizen Malaysia beramai-ramai report account Senator Anning

Disebabkan kenyataan lancang Anning, rata-rata netizen Malaysia gerak gempur ingin melenyapkan account senator tersebut dari Twitter. Menurut netizen, individu seperti ini tidak layak menjadi senator.

Fraser Block
Sumber: Twitter

Marilah beramai-ramai kita block atau report akaun Twitter Fraser Anning ni. Sesiapa pun boleh jadi terrorist atau pengganas tidak kira dia Muslim, Christian atau lain-lain. Agama bukan penyebab kejahatan berlaku. 

Baca: “Kalau mat salleh je Gunman..Islam mesti Terrorist” – Netizen Bengang Dengan Kenyataan ‘Bias’ Pasal Tragedi Christchurch

Christchurch

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Muslim lah penyebabnya” – Senator Queensland Salahkan Orang Islam Atas Berlakunya Insiden Tembakan Rambang di Christchurch
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/muslim-lah-penyebabnya-senator-queensland-salahkan-orang-islam-atas-berlakunya-insiden-tembakan-rambang-di-christchurch/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM