in

“Salah sendiri” – Ini 5 Bencana Buatan Manusia Paling Teruk Pernah Terjadi Dalam Sejarah

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni, banyak pula kejadian bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Sudah tentu, ia merisaukan orang ramai kerana bencana sebegitu dianggap bahaya dan boleh meragut nyawa.


Namun, apa yang lagi membimbangkan ialah sesetengah bencana yang pernah terjadi merupakan buatan manusia dan bukannnya berlaku secara semula jadi. Malah, ada yang sangat dahsyat sehingga mencatat jumlah kematian yang banyak! Jadi, kalau korang nak tahu bencana-bencana tersebut, korang kena baca artikel ni.

1. Kebocoran Gas di Bhopal, India

A2

Bencana ni berlaku pada akhir tahun 1984 di mana sebuah kilang pembuat racun serangga di Bhopal mengalami kebocoran sehingga melepaskan gas berbahaya ke udara. Disebabkan ianya berlaku pada awal pagi, ramai yang dilaporkan mati ketika sedang tidur.

Untuk pengetahuan korang, gas yang dibebaskan adalah methyl isocyanate yang dikatakan sangat bertoksik sehingga boleh menyebabkan kematian dalam masa seminit. Mangsa yang menghidu gas tu akan mengalami rasa terbakar pada tekak dan mata sebelum meninggal dunia.

Menurut kerajaan India, sejumlah 15 ribu orang yang bertemu ajal disebabkan bencana tu. Sehingga kini, tempat gas tu tersebar masih belum berjaya dibersihkan sepenuhnya manakala penduduk di situ menghadapi masalah mendapatkan zuriat di mana anak yang dilahirkan mempunyai kecacatan mental dan fizikal.

Artikel berkaitan: “M’sia pun kena tempias tsunami” – Ini 5 Gempa Bumi Terkuat Pernah Terjadi Dalam Sejarah Dunia

2. Letusan Lumpur di Sidoarjo, Indonesia

A3

Kalau korang nak bercuti di Indonesia, korang jangan pergi ke Sidoarjo ni. Dikatakan, tempat tersebut pernah berlaku sebuah bencana disebabkan kegagalan sebuah syarikat cari gali minyak, PT Lapindo Brantas dalam mematuhi garis panduan dan amaran yang dikeluarkan sehingga menyebabkan beberapa siri gempa bumi.

Ia tak terhenti di situ saja apabila lubang galian tersebut mula memancutkan lumpur setinggi 200 meter ke udara lalu mengakibatkan sebanyak 60 ribu buah rumah musnah dengan jumlah mangsa korban seramai 13 orang.

Sehingga kini, kawasan yang dikenali sebagai Lusi itu membebaskan lahar lumpur ke udara tanpa henti sehingga menyebabkan kawasan berhampiran ditenggelami lumpur. Dijangka, situasi ni akan berlanjutan dalam 25 ke 30 tahun lagi!

3. Tumpahan Minyak Deepwater Horizon

A4

Siapa sangka, kejayaan juga boleh membawa padah. Deepwater Horizon yang merupakan sebuah pelantar minyak di Teluk Mexico ni pernah mencatat sejarah dalam penggalian telaga minyak paling dalam di dunia iaitu sedalam 10,683 jaraknya.

Akan tetapi, pada fasa akhir penggalian (20 April 2010), berlakunya kegagalan sistem sehingga mengakibatkan letusan air laut setinggi 73 meter! Disebabkan tu juga, peralatan di pelantar gagal kawal tekanan tersebut. Kemudian, lumpur yang dipenuhi gas methanol mula menggantikan air laut menyebabkan ruang dalaman pelantar menjadi mudah terbakar.

Pada masa yang sama, kebocoran minyak juga berlaku lalu menyebabkan pelantar minyak itu meletup. Dikatakan, seramai 11 orang krew meninggal dunia manakala yang selebihnya berjaya diselamatkan.

Syukurnya, kebocoran tu berjaya ditutup dengan sempurna pada 15 Julai tahun yang sama manakala sisa pelantar tersebut tenggelam ke dasar laut. Kalau korang nak tahu, disebabkan dahsyatnya bencana ni, ia diadaptasi ke sebuah filem yang dibintangi Mark Wahlberg.

4. Lapangan Gaiyu

Fac06F7A Gp0Fch 1024X683 1

Di Gaiyu, China, terdapat sebuah kawasan tempat pelupusan yang khas untuk sisa elektronik saja. Ia merupakan pusat pembuangan terbesar dunia iaitu seluas 52 km persegi yang dibina kerajaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Disebabkan tu, tertubuh juga sebanyak 6 ribu syarikat yang menguruskan proses pelupusan barangan terpakai bagi mendapatkan bahan seperti plumbum, gangsa mahupun emas.

Malangnya, pengoperasian pusat pembuangan tersebut telah menyebabkan aktiviti penaman padi di kawasan sekitar terbantut manakala sungai dan kualiti air pun tercemar. Malah, ada penduduk di situ mengalami masalah keracunan.

Bagi memulihkan keadaan, kerajaan China telah menyatukan kesemua syarikat pengurusan sisa dan membuka kompleks khas sebagai tempat beroperasi. China juga mewujudkan larangan membawa masuk sisa elektronik dan buangan domestik negara lain bagi memperbaiki kawasan-kawasan yang terjejas.

Artikel berkaitan: Ketahui 3 Peristiwa Banjir Paling Besar Pernah Berlaku Dalam Sejarah Malaysia

5. Wabak Minamata di Jepun 

Par92785

Pada mulanya, kucing-kucing di sebuah perkampungan nelayan, Minamata berkelakuan aneh apabila dilihat dengan sengaja terjun ke dalam laut seolah-olah membunuh diri.

Apa yang menakutkan, perkara sama turut terjadi kepada penduduk setempat di mana dorang akan mengalami kekejangan otot, masalah pancaindera dan tubuh menggeletar tanpa sebab.

Hanya selepas empat tahun misteri tersebut berlaku, barulah diketahui yang sebenarnya penduduk Minamata mengalami masalah keracunan merkuri tahap kronik. Dipercayai, ia berpunca dari sebuah kilang petrokimia yang terletak di kawasan tu. Walau bagaimanapun, penyelia operasi kilang tu, Chisso Corporation menafikan penglibatan dorang dalam bencana ni.

Biarpun begitu, disebabkan sebuah protes yang dijalankan, pihak penyelia akhirnya mengaku yang sebanyak 27 tan bahan merkuri telah dibuang di Teluk Minamata. Disebabkan tu, kilang tersebut mula berhenti buang bahan sisa beracun ke dalam air sejak tahun 1968.

Manakala itu, waris atau pesakit yang terkesan akibat dari bencana ni perlulah ditanggung sepenuhnya kos perubatan dorang oleh penyelia kilang tersebut.

Sumber: I Love Borneo, ILUMINASI

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.