“I saksi segalanya” – Netizen Puji Pegawai MPSJ Sabar Layan Kerenah Orang Awam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebelum ini banyak pihak yang sering mempersoalkan tentang tugas sesetengah petugas, yang seolah-olahnya tidak memainkan peranan mereka. Ada sahaja pendapat negatif mahu pun kecaman yang diterima oleh mereka, tidak kira siapa pun mereka.

Tetapi berbeza dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini, di mana pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang dipuji netizen kerana sikapnya yang prihatin apabila bekerja.

Yes, kamu seorang pegawai MPSJ yang baik hati dan seorang muslim yang sungguh baik”

Menurut perkongsian di Facebook oleh Kuan Chee Heng, beliau sangat teruja melihat sikap pegawai MPSJ ini yang tenang apabila berhadapan dengan kerenah orang awam. Kata Kuan, pegawai tersebut pergi ke sebuah kereta yang parkir keretanya di luar kotak parkir. Difahamkan kejadian ini berlaku di Bandar Puteri Puchong.

“Beliau bunyikan hon motorsikal untuk beri amaran pada owner untuk mengalihkan kenderaan”

Pegawai itu membunyikan hon sebagai tanda amaran kepada pemilik kereta tersebut agar dapat mengalihkan keretanya secepat mungkin. Setelah 5 minit dia menunggu, lalu dia beredar dan datang semula selepas 5 minit untuk memastikan kenderaan tersebut sudah dialihkan.

“Selepas 5 minit beliau datang balik semula ke kenderaan tersebut dan bunyikan hon motorsikal. Owner masih tak datang”

Selang beberapa minit kemudiannya, kereta towing MPSJ muncul untuk menarik kereta berkenaan. Pada waktu itu, baru lah pemilik kenderaan tersebut memunculkan diri dan berlaku sedikit pertengkaran  kecil.

“Selang 5 minit kereta towing MSPJ muncul dan tarik kereta tersebut. Barulah saya lihat owner datang kelam kabut dan berlaku lah pertengkaran kecil antara pegawai MPSJ ini”

Kuan sangat kagum dengan tingkah laku pegawai berkenaan kerana memberikan banyak peluang terhadap pemilik kereta tersebut. Katanya, pegawai itu mempamerkan nilai Islam dan nilai pegawai penguatkuasa yang baik dan prihatin. Kuan turut berkata,

“Sabar Tuan. Tuhan Maha saksi apa yang kita lakukan. Tabik hormat kepada MPSJ. Syabas dan tahniah. I saksi segalanya”

Perkongsian ini rata-ratanya mendapat pujian dari netizen.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ada juga netizen yang mencemuh kepada pemilik kenderaan berkenaan.

Parking kereta sesuka ahti, bila kena tarik terus riuh rendah. Semasa nak parking tak fikirkan orang lain susah nak keluar”

“Undang-undang dibuat oleh manusia. Haiwan je yang tak tahu dan tak akan faham undang-undang”

Tahniah kepada pegawai ini kerana telah buktikan bahawa kecaman-kecaman netizen sebelum ini tidak benar. Salute!

Baca: “Kau bodoh ke apa? Buat apa aku ambil kau kerja kalau benda senang pun tak boleh buat!”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.