in

Saksi Kongsi Cerita Keajaiban Bagaimana Tsunami ‘Elak’ Timpa Masjid

Masjid Hebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kunfayakun. Kalau sesuatu perkara itu telah ditentukan Allah SWT, pastinya takkan terlewat atau tercepat ia akan berlaku. Ini samalah dengan bencana yang menimpa di Palu, Sulawesi dan keajaiban yang berlaku di sebaliknya.


Menurut Harian Metro, sebuah masjid di pinggir Palu masih berdiri kukuh ketika bencana tu berlaku pada 28 September lalu lepas ada mangsa yang mengatakan mereka nampak air tsunami dikatakan ‘melompat’ lepasi kubah masjid tersebut. Wow!

43763808 2435722173111242 4402083668693090304 N 1
sumber: blog

 

“Ketika itu saya sedang mengambil wuduk. Apabila gempa berlaku semua orang bertempiaran berlari keluar…”

Saksi kejadian, Muhammad Alif Firmansyah, 18 berkata, masa gempa 7.5 magnitud ni berlaku dan kemudian tsunami pulak menyusul, dia dan beberapa anggota jemaah Masjid Jami Pantoloan tengah bersiap nak solat Maghrib dan azan pun tengah dilaungkan.

“Ketika itu saya sedang mengambil wuduk. Apabila gempa berlaku semua orang bertempiaran berlari keluar kerana bimbang ditimpa bangunan. Bagaimanapun, bilal tetap meneruskan azan sehingga selesai sebelum menyelamatkan diri,” katanya.

Pantoloan
Gambar hiasan | sumber: blog

 

Ketika lafaz Hayya Alas Solah gelombang air naik tinggi dan…

Namun apa yang mengejutkan, masjid yang hanya 50 meter jauh dari pantai tu langsung tak terkena air dan ajaibnya ketika lafaz ‘Hayya Alas Solah’ dikumandangkan, secara tiba-tiba gelombang air laut meninggi serta menghentam apa yang ada di depannya kecuali masjid tersebut.

“Semua yang berlari jatuh kerana tanah bergegar dan dalam panik mereka terus berdoa serta berzikir. Ketika tsunami melanda, air langsung tidak membadai masjid kami.

“Sebaliknya, gelombang air setinggi pokok kelapa itu ‘melompat’ masjid dan terbelah apabila melepasi kubahnya,” kata mangsa.

Hqdefault
Hasil perbezaan yang ditunjukkan satu laman web | sumber: youtube

Pun begitu, ada jugak seorang mangsa, Ismail beritahu, air hanya masuk masjid dari bahagian belakang lepas tsunami berlaku.

“Namun airnya tidak dalam, cuma sekitar paras lutut. Memang tidak logik, namun saya percaya ini adalah kuasa Allah kerana masjid ini memang digunakan setiap hari untuk solat berjemaah serta mengaji,” katanya.

Img 20181014 Wa0064
sumber: blog

Wah, ajaib sungguh kekuasaan Allah! Semoga kita terus dilindungi oleh-NYA. Amin…

Baca: Walau Ditentang, Penduduk Palu Tetap Bunuh Ayam Puja ‘Penjaga Laut’ Lepas Tsunami

Palu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.