in

Walau Ditentang, Penduduk Palu Tetap Bunuh Ayam Untuk Puja ‘Penjaga Laut’ Lepas Tsunami

Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun dapat kecaman hebat daripada golongan ilmuan agama dan macam-macam pertubuhan Islam di Sulawesi Tengah, tak menyangka masih ada masyarakat di sana nak meneruskan amalan bunuh ayam bagi tujuan pemujaan di pantai Talise. Aduhai…


Menurut Berita Harian, amalan syirik dan berbentuk pujaan terhadap ‘penjaga laut’ tu masih berlaku walaupun lepas gempa bumi dan tsunami melanda kota tu pada 28 September lalu.

43466995 10156902535019928 2307235317351972864 N
sumber: facebook

 

Baca jampi serapah dan menari beramai-ramai

Golongan pendakwah dan pusat pengembangan Islam kat sana jugak kesal sangat dengan upacara adat kuno yang babitkan pembunuhan kejam haiwan terutamanya ayam dan kambing.

Malah upacara ni juga dulu dilakukan pada Festival Palu Nomini sejak 3 tahun lepas yang diketuai dukun lama. Jampi serapah akan dibaca masa upacara tu selain dari tarian beramai-ramai kepada yang terlibat. Uishh macam-macam!

Posted by Eris Rswandi on Thursday, October 4, 2018

 

Penduduk tak percaya bencana datang sebab perbuatan syirik 

Menurut seorang penduduk, Ustaz Ehsan Norrahim, 34, dia percaya istiadat syirik ni masih diteruskan penduduk di sana lepas penemuan ratusan bangkai ayam sepanjang pantai Talise, lepas 3 hari tsunami melanda kota tu. Aduh dari bunuh ayam macam tu baik buat bekalan makanan!

Lebih kronik apabila penduduk Palu sebenarnya tak percaya bahawa bencana yang timpa kota tersebut adalah bala yang didatangkan Allah SWT atas perbuatan syirik mereka.

43365921 2119973968253369 9079906720280477696 N
sumber: facebook
43591434 10156902535134928 7022752814405255168 N
sumber: facebook

“Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam itu sejak awal minggu lalu. Banyak bangkai ayam ditemui disusun di tepi pantai bermula dari Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman, Kampung Lele di sini.

“Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda,” katanya.

 

Ramai pengujung pesta dihanyutkan ombak tsunami

Perkara ni bertambah rumit apabila dengarnya upacara ni mendapat restu daripada pihak pemerintah. Hujan lebat dan angin kencang yang menimpa Palu pada tahun 2016 dan 2017 langsung tak diendahkan dan mereka tetap anjurkan pesta ini secara besar-besaran.

“Ramai pengunjung pesta itu turut dihanyutkan ombak tsunami yang turut memusnahkan khemah serta tapak upacara berkenaan,” katanya.

264B5Ae9Be9E439Ac7F88217B5091B6B5Bb987B1Af7Ca
sumber: bernama

Tambah Ustaz Abdullah Ibnu Hamid,

Perut bumi Palu kini sudah mengamuk apabila Tuhan mula mendatangkan bencana terhadap dosa besar syirik dilakukan. Bertaubatlah segera selagi punya kesempatan.”

Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Harap-harap perkara macam ni tak berlaku di Malaysia.

Baca: “700 orang terkubur hidup-hidup” – Lelaki Ini Kongsi Suasana Hiba Keadaan Di Palu Yang Ditenggelami Lumpur

Lumpur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.