in

“Terlalu banyak kisoh kita…” – Rakan Artis Kongsi Kenangan Bersama Arwah Kamarool Haji Yusoff

Syaz Ft 2026 08 06T113118.423

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita duka kematian pelakon senior, Kamarool Haji Yusoff bukan sahaja mengejutkan industri hiburan tanah air, malah meninggalkan kesan mendalam buat rakan-rakan seperjuangan yang pernah berkongsi pentas dan set penggambaran bersama beliau. Pemergiannya menandakan hilangnya sebuah permata seni yang sentiasa dihormati kerana bakat dan dedikasinya yang tinggi.

Sepanjang hayatnya, arwah bukan sekadar seorang pelakon yang berwibawa, malah disifatkan sebagai rakan yang prihatin, gemar bersenda gurau, dan sentiasa memeriahkan suasana. Momen-momen indah serta kenangan pahit manis yang dilalui bersama kini menjadi lipatan sejarah yang amat bernilai buat sahabat-sahabat seni.


Pekin Ibrahim

Rakan artis, Pekin Ibrahim berkongsi luahan hatinya selepas pemergian Allahyarham selain menganggap beliau sebagai abang sendiri.

Artikel berkaitan: Walau Hanya ‘One Tick’, Amyza Aznan Hantar Mesej Ke Nombor Arwah Anak Untuk Ubat Rindu

Artikel berkaitan: Insiden Kematian Rocky: Datuk Bandar MBDK Tegaskan Tangkapan Ikut SOP

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words)

Issey Fazlisham

Issey Fazlisham menyifatkan terlalu banyak kenangan manis dilalui bersama arwah sepanjang penglibatan mereka dalam pelbagai naskah dan projek seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Issey Fazlisham (@isseyfazlisham)

Menurut Issey, dia menyimpan pelbagai kenangan bekerja bersama arwah menerusi karya seperti Sebuah Piala Seekor Kambing, Suffiyah, Pengembaraan Jason Murad, Projek Yaya Empire, program podcast, Lepok Nakir, hinggalah Perang Nasi Dagang serta puluhan projek lain.

Hazama 

Turut menyuarakan rasa kehilangan, penyanyi Hazama turut menitipkan ucapan takziah atas pemergian arwah yang dipanggilnya dengan gelaran Cik Man, sambil menyifatkan Allahyarham sebagai seorang hero yang tidak didendangkan.

“Selamat jalan Cik Man ke negeri abadi. Terima kasih di atas segala nasihat dan kenangan. Terima kasih Cik Man, hero yang tak didendangkan. Lagenda sepanjang zaman,” luahnya.

Hazama dalam pada itu turut mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah buat roh Allahyarham Kamarool Haji Yusoff.

Mustapha Kamal

Pelakon veteran Mustapha Kamal turut tidak dapat menyembunyikan rasa sedih atas pemergian rakan seperjuangannya itu yang disifatkan memberi tamparan mendalam buat dirinya.

Cats

“Kehilangan sahabat seperjuangan hari ini, aduh terasa sangat,” luahnya penuh hiba.

Mustapha turut menitipkan doa agar roh Allahyarham diampunkan dosa, diberikan rahmat, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa di syurga.

Amir Raja Lawak

Pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak turut berkongsi rasa hiba apabila sempat melawat jenazah Allahyarham yang dipanggilnya dengan gelaran Abang Mat.

Mengimbas kenangan ketika menjayakan penggambaran naskah Hasan Lembu bersama arwah, Amir meluahkan rasa syukur kerana dapat memberikan penghormatan dan kucupan terakhir buat Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat…

Sumber: Instagram (1)(2) Facebook (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.