in

“Sakit la engkau kalau jadi menantu dia” – Makcik Bawang FB Dapat Perhatian Netizen, Selamba Bagi Teguran ‘Pedas” di Facebook

Membawang Makik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah jadi rutin seharian netizen kat Malaysia kalau bab membawang, tambah-tambah pulak kalau hal tersebut berkaitan dengan golongan artis. Ikut sedap mulut ajelah semuanya nak beri pendapat sampaikan ada komen buat hati orang lain terluka.


Pun begitu, ada satu akaun Facebook ni yang orang gelar sebagai ‘makcik bawang sejati’ sebab komennya pada posting di FB memang pedas-pedas belaka sampai admin pun hampir nak tercekik tulang membacanya. 

 

“Mak sapa ni? Ya Allah dia punya kupas bawang tu macam tak ada hari esok!” 

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang wanita ini telah mendapat perhatian netizen ramai gara-gara komennya yang dilihat sangat lancang dan laser berkaitan beberapa isu artis di Malaysia. 

Antara artis yang dah ‘terkena’ dengan komen laser wanita ni termasuklah Kak Lina Pompom yang selalu tunjuk adegan sweet dengan suaminya di media sosial.

Petir 1

Eqzdk Uueaimb84
sumber: twitter

Malah tak terlepas juga penyanyi Mas Idayu yang ‘dibawang’ makcik ini dengan bermacam-macam tohmahan. Uish naik seram min tengok dia ‘petir’ satu-satu artis. 

Eqzdk 7U8Aafrmd
sumber: twitter

 

“Betul-betul all out makcik ni bagi. Takde bincang-bincang dah” 

Netizen yang baca komen makcik tersebut kebanyakan memang tak suka dengan golongan baby boomers di media sosial yang rata-rata suka meninggalkan komen negatif di Facebook.

Malah ada yang takut, kalau-kalau terkahwin dengan anak makcik tersebut. Uish pedih hati ni kan kalau kena marah macam tu…

Bawang
sumber: twitter

 

Makcik bawang sudah minta maaf

Apa-apapun, melalui risikan netizen dengarnya makcik ni sudahpun buat permohonan maaf di Facebook dan menyesal dengan apa yang dilakukannya selepas menerima teguran daripada beberapa pihak.

Eqzyemru0Aahhfn
sumber: twitter

Bagi admin benda macam ni baguslah. Bila dah sedar kita buat salah, kita minta maaf dan harap jangan ulangi lagi.

Marilah kita jadikan media sosial ni satu medan positif untuk semua. 

Baca: “Parodi terbaik tahun ni” – Netizen Terhibur Bila Shiha Zikir Buat Parodi Kahwin Kak Lina PomPom

Lina Pom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.