in

“Sajat telah rosakkan imej Islam” – Mujahid Mahu Kerajaan BANNED Sajat Dari Media Sosial, SKMM Akan Ambil Tindakan

Mujahid Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu usahawan kosmetik, Nur Sajat ‘bertekung’ di Tanah Suci Mekah ni masih tak reda-reda dan menteri berkenaan bakal mengambil tindakan berat terhadap usahawan tersebut.


Menurut Free Malaysia Today, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk sekat Nur Sajat dari muat naik sebarang kandungan di media sosial. Uish! 

20200115Ym07
sumber: malay mail

 

Mujahid akan bertemu SKMM

Menteri Agama tu juga katanya akan mengadakan pertemuan dengan pihak SKMM, semalam.

“Saya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang memuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam. 

“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM,” katanya.

Sajat1
sumber: instagram

Dalam isu ini menurut Mujahid, SKMM ada kuasa untuk menyekat mana-mana kandungan media sosial yang boleh timbul rasa ‘tak selesa’ kepada umat Islam.

 

Cemar imej Islam dan hubungan Malaysia dengan Riyadh 

Dalam pada masa yang sama, Mujahid juga mendakwa perkara yang dilakukan Sajat ni mencemar imej Islam dan hubungan Malaysia dengan Riyadh.

“Kita kesal sebab dia telah menjejaskan imej sebagai seorang yang dalam IC (kad pengenalan) adalah lelaki,” jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, kumpulan hak transgender, Justice For Sisters membidas Mujahid atas komennya itu, kerana bimbang mengenai keselamatan Sajat di Arab Saudi.

Sajat2
sumber: facebook

Untuk makluman, Arab Saudi menghukum golongan trans berdasarkan ekspresi gender mereka.

Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku lepas ni.

Baca: “Isu Sajat bertelekung di Tanah Suci terlalu remeh” – Mufti Perlis

Featured 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.