in

“Isu Sajat bertelekung di Tanah Suci terlalu remeh”- Mufti Perlis

Featured 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, ramai pihak dah keluarkan kenyataan dan pandangan masing-masing berhubung isu usahawan kontroversi Sajat yang memakai tudung dan bertelekung ketika berada di Tanah Suci.


Malah perkara itu sehingga mendapat perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia kesal dengan apa yang berlaku dan khuatir jika ia akan menjejaskan hubungan Malaysia-Arab Saudi.

 

“Nur Sajat hanya perlu dinasihati berbanding perkara itu dibincangkan semua pihak secara meluas…”

Terbaru, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyuarakan pandangannya berhubung isu tersebut.

Muftiperlis 1495171521
Sumber: new straits times

Katanya isu Nur Sajat bertelekung ketika mengerjakan umrah adalah terlalu remeh, sebaliknya usahawan itu perlu dinasihati berbanding isunya dibincangkan secara meluas semua pihak.

Kita nasihatkan dia (Nur Sajat) sahajalah, rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah.”

“Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan.”

Datuk Dr Mohd Asri pada masa sama menasihatkan mereka di luar sana supaya tidak menyibukkan diri dengan sesuatu berita seperti lelaki memakai telekung dan bersembahyang di kawasan wanita, lapor Harian Metro.

Katanya ia langsung tidak membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan negara.

Mengulas lanjut Datuk Dr Mohd Asri berkata secara peribadinya dia tidak mengetahui motif sebenar Sajat melakukan sedemikian ketika mengerjakan umrah.

1
Sumber: instagram
2
Sumber: instagram

“Kadang-kadang sesetengah orang ini ada cara dia dalam mencari publisiti khususnya dalam perniagaan tetapi saya pun tak tahu apa niat sebenar dia dengan bertindak sedemikian. Apapun kita nasihatkan dia…kita kata itu satu tindakan yang salah kepadanya,”

Namun kata Mufti Perlis itu, melakukan kejahatan di Makkah bukanlah sesuatu yang aneh kerana di sana terdapat juga penipu umrah, penipu jualan barangan dan lain-lain lagi.

 

Baca : Takut lepas ni susah jemaah malaysia buat umrah- Isu Sajat Bertelekung Di Tanah Suci, PU Amin Buka Mulut!

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.