in

“Sabar Kak Lina” – Reaksi Muka Elly Mazlein Interview ‘Gadis Simpanan’ Suami Orang Raih Tumpuan Netizen

Lina6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video telah menjadi tumpuan netizen apabila pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memberikan satu ekspresi ketika sedang menemuramah seorang wanita dalam sebuah rancangan yang dinamakan Borak Kelamin.



Dalam rancangan itu, Elly atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom ini merupakan pengacara untuk program tersebut.

 

Jelingan maut Kak Lina Pom Pom

Dia bersama rakan pengacaranya Awal Ashaari menemuramah seorang gadis muda yang disembunyikan identitinya. Dikatakan wanita itu membuat pengakuan menjalinkan hubungan sulit dengan 5 suami orang.

Kenyataan itu telah membuatkan netizen kurang senang dan berdasarkan pemerhatian netizen, Kak Lina Pom Pom pun dikatakan turut ‘menyirap’ dengan kenyataan bangga diri wanita tersebut.

Selain kenyataan wanita itu, reaksi Kak Lina yang seperti agak geram mendengar kenyataan gadis muda itu membuatkan netizen terhibur.

Dalam masa yang sama ramai yang geram dengan gadis muda tersebut.

Borak Kelamin merupakan program yang membahaskan masalah rumah tangga. Program yang memberi didikan kepada pasangan suami isteri itu dihoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein, ia akan mengundang beberapa bintang sebagai tetamu untuk mengulas isu-isu berdasarkan topik pada episod tersebut.

 

Baca: “Nampak baby bump” – Netizen Syak Elly Mazlein Hamil, Tapi Ini Jawapan Tuan Punya Badan

Elly

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.