“Rupanya Airis masih dalam bilik” – Datuk Sedih, Kesal Tidak Sempat Selamatkan Cucu Dalam Kebakaran Di Kampung Kinabutan

Tambah ke Sumber Pilihan
Kampung Kinabutan

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui rentung di sebuah kediaman dalam kebakaran melibatkan 40 buah rumah di Lorong Jati, Kampung Kinabutan, Batu 5 Jalan Apas, Tawau, malam semalam.

Apa yang menyayat hati adalah luahan hati datuk kepada kanak-kanak yang terkorban semalam, Mohd Tahir Nabil, 70.


Menurut laporan Harian Metro, warga emas tersebut kesal kerana tidak menyedari cucunya masih berada di dalam bilik kerana hampir semua ahli keluarganya panik disebabkan keadaan yang gelap.

Artikel berkaitan: Kedai Perabot Berhampiran LDP Hangus Terbakar

Artikel berkaitan: “Saya selamat, tapi kawan-kawan saya” – Mangsa Selamat Bas Terbakar Menangis Teresak-esak Dipeluk Ibu

3B379Bf7 Kebakaran Kampung Kinabutan Emel Pic 271024 1
Kebakaran yang berlaku di Lorong Jati, Kampung Kinabutan, tengah malam tadi.

Tambah Mohd Tahir, hampir semua 13 ahli keluarganya termasuk isteri, anak dan enam cucu berada di rumah dan ada yang sudah nyenyak tidur ketika kejadian tersebut berlaku.

“Saya terkejut apabila terdengar suara jiran menjerit dari luar rumah mengatakan rumah terbakar sebelum melihat api marak di bahagian hadapan tangga rumah.

“Malangnya, kami tidak sedar Airis tiada bersama kami. Rupa-rupanya dia masih ada dalam bilik di tingkat atas,” katanya.

Menurut warga emas tersebut, dia cuba meredah api untuk menyelamatkan cucunya itu namun tidak berjaya kerana api terlalu marak.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.10 tengah malam itu, sebanyak 40 buah rumah hangus terbakar, menyebabkan kebanyakan penduduk di situ kini tinggal sehelai sepinggang.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nur Fatin
Lagi tulisan Nur
Seorang penulis skema. Suka main Pokemon Go dan Genshin Impact pada masa senggang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Rupanya Airis masih dalam bilik” – Datuk Sedih, Kesal Tidak Sempat Selamatkan Cucu Dalam Kebakaran Di Kampung Kinabutan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rupanya-airis-masih-dalam-bilik-datuk-sedih-kesal-tidak-sempat-selamatkan-cucu-dalam-kebakaran-di-kampung-kinabutan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM