Sebut sahaja tentang pendidikan seks, pasti ramai yang cuba mengelak kerana berpendapat topik ini adalah keterlaluan untuk diborakkan. Walhal, tanpa pendidikan seks yang betul kepada anak muda, kesannya lebih parah daripada yang disangka.
Masturbate atau dalam Bahasa Melayu, onani adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh lelaki atau wanita untuk mendapat kepuasan dengan diri sendiri. Aktiviti ini sering dilakukan oleh remaja atau mereka yang tinggal bersendirian.
Hampir semua orang pernah beronani di dalam hidup mereka, namun tahukah anda aktiviti onani ini mendatangkan banyak kesan buruk kepada diri sendiri. Jika sering dilakukan untuk kepuasan diri sendiri, kesan jangka panjang akan berlaku dan sukar untuk disembuhkan.
Buat anda yang sering melakukan aktiviti ini sebagai alternatif untuk menenangkan minda, artikel ini adalah untuk anda. Berikut adalah keburukan beronani yang anda perlu tahu:
1. Erectile dyfunction (mati pucuk)
Kerap beronani boleh membuatkan anda mengalami masalah erectile dysfunction, atau dalam bahasa mudahnya mati pucuk. Hal ini akan membuatkan alat kemaluan lelaki tidak mencapai tahap ereksi yang maksimum.
Meskipun anda masih muda dan berpendapat aktiviti ini boleh dihentikan pada bila-bila masa, anda silap sebenarnya. Ketagihan aktiviti beronani adalah serius dan dihadapi oleh ramai anak muda. Berhenti sekarang!
2. Ejakulasi pramatang
Kerap beronani akan membuatkan saraf di sekitar zakar lebih sensitif dan cepat untuk berasa puas. Jadi, seseorang itu akan mengeluarkan air mani terlebih awal daripada yang sepatutnya.
Untuk rekod, tidak puas bersama pasangan merupakan salah satu penyumbang besar kepada kes penceraian di Malaysia. Isu ini bukanlah perkara yang boleh dipandang sebagai gurauan buat kita semua.
3. Sentiasa penat
Onani memakan tenaga yang banyak dan kebiasaannya selepas beronani anda akan berasa penat dan mungkin tertidur. Mata juga akan menjadi kuyu dan muka sentiasa nampak penat.
Bukan sahaja penat, onani juga akan membuatkan muka anda nampak lebih tua dan tak bermaya!
4. Malu untuk bergaul dengan orang
Bukan sahaja fizikal anda yang menerima kesan buruk daripada aktiviti ini, malah mental anda juga akan terkesan.
Jika kerap beronani, anda akan menjadi malu dan sukar untuk bergaul dengan masayarakat, memandangkan banyak masa yang dihabiskan di dalam bilik secara berseorangan.
5. Melembabkan fungsi otak
Ya, aktiviti onani juga akan memberi kesan kepada pemikiran anda. Kerap menonton video pornografi akan memberi kesan kepada otak anda, sebagai contoh sukar untuk menghafal atau mengingat sesuatu perkara.
Jadi sebelum terlambat, apa kata anda ambil inisiatif untuk berhenti melakukan onani dan menggantikan aktiviti tersebut dengan perkara yang lebih produktif dan berfaedah. Jangan tewas lagi okay!
Sumber: MedicalNewsToday Healthline
BACA: Tak Balik Rumah 2 Hari, Budak Darjah 6 Akhirnya ‘Buka Mulut’ Kena Rogol Dengan 15 Lelaki