Baru-baru ini, tak dapat ditutup mulut-mulut netizen yang sering memperkatakan mengenai video panas yang telah tular di media sosial, dipercayai mirip seorang artis cilik iaitu Adam Mika.
Video tersebut mendapat perhatian ayahnya sendiri dimana pada awalnya, dia bertindak memukul anaknya kerana dianggap perbuatan keji itu benar dilakukan olehnya sendiri.
Namun, selepas itu ayah kepada Adam Mika telah menafikan semula bahawa video tersebut bukanlah milik Adam Mika dan mungkin ada tangan pihak lain yang seakan mencuba untuk menjatuhkan reputasi anaknya.
Bapa Adam Mika buka mulut, kata video itu bukan anaknya
Perkara tersebut telah dinyatakan oleh bapanya, Nik Mohd Adli dalam satu temubual sebuah rancangan hiburan yang terkenal, Melodi TV3. Dia menegaskan bahawa video tersebut memang bukan anaknya kerana dia sendiri mengenali bentuk badan, tinggi dan alat kelamin.
“Dalam video tu dia nampak kurus dan pendek, anak saya tinggi 159 sentimeter. Satu lagi, tengok kemaluan dia. Masa anak saya sunat, kesan khatan tu saya cuci. Kemaluan video remaja tular tu dah sah sah bukan anak saya punya.”
Dia juga turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakannya memukul Adam Mika tanpa membuat penelitian yang mendalam terhadap video tersebut.
“Saya rasa bersalah. Saya peluk anak saya dan minta maaf pada Adam. Sekarang jangan risau, segala pandangan masyarakat akan ditapis oleh ayah.”
Nik Mohd juga merayu kepada warga netizen agar tidak sesekali mengambil tahu dan membuat apa-apa spekulasi terhadap anaknya. Dia juga tidak memaafkan sesiapa yang menyebarkan video tersebut dengan berniat untuk menjatuhkan maruah keluarganya.
“Jangan ingat korang tu ahli syurga, makin korang cari kesalahan adam, semakin banyak dosa korang bertambah.”
Sebelum ini, ayah kepada Adam Mika telah membuat laporan polis berkenaan video tular tersebut bagi membersihkan nama pelakon cilik itu dan keluarganya.
Kita ni tak boleh mulut netizen…cuma apapun doakan baik-baik sahaja untuk Adam Mika dan keluarganya agar dipermudahkan urusan…
Baca: “Bukan dia!” – Viral Video Tak Senonoh, Bapa Nik Adam Mika Nafi Anak Terlibat