in

Ruangan Komen Diserbu Netizen Lepas Viral Kes Ditahan Polis Kerana Positif Dadah, Ini Respon Anju…

Collage 79

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam seorang selebriti wanita telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.


Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, pelakon berusia 34 tahun itu telah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai pada jam 9.15 malam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai dan menahan seorang perempuan berusia 34 tahun.

“Suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis.

“Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.”

200305969 114008844263583 7875800851521282607 N

Menurut Berita Harian, selebriti itu telah pun diberi jaminan polis selepas diambil keterangan dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Ruangan komen Anju diserbu netizen

Selepas berita penangkapan tersebut keluar, ramai netizen telah membuat spekulasi berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh pihak polis bahawa artis yang ditangkap tersebut adalah pelakon bermulut lantang, Zarina Anjoulie.

Screenshot 2021 06 30 At 12.41.02 Pm Down 1

Berikut adalah bukti yang diberikan oleh netizen:

1. Berusia 34 tahun

Screenshot 2021 06 30 At 12.46.00 Pm

Pihak polis mengatakan selebriti yang ditahan tersebut berusia 34 tahun dan menerusi laman Wikipedia, Zarina Anjoulie Lavocah dilahirkan pada 9 September 1987 menjadikan usia pelakon itu kini berusia 34 tahun.

2. Kampung Chalet Nilai

Screenshot 2021 06 30 At 12.44.48 Pm

Polis dikatakan telah membuat serbuan di Kampung Chalet Nilai dan untuk pengetahuan korang, ibu Anju, Norzaini Abdul Hamid atau mesra disapa Aunty Aini mempunyai restoran sendiri di Kampung Chalet Nilai yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Cafe.

Kalau korang sering mengikuti live Anju, pelakon ini sering bersiaran langsung di restoran ibunya ini. Lagi-lagi tengah PKP, mana boleh rentas negeri kan?

Ekoran dari maklumat ini, ruangan Instagram Anju telah diserbu oleh netizen. Masing-masing menantikan pengesahan dari Anju sendiri tentang berita penangkapan tersebut.

“Dari semalam memang di rumah”

Harian Metro melaporkan, ketika Anju membuat siaran langsung di rumahnya, wanita ini tidak mengesahkan mahupun menafikan tentang berita penangkapannya, sebaliknya hanya memberitahu yang dia ada di rumah sejak semalam.

Dari semalam memang di rumah.”

Sesi yang diikuti lebih 6,000 pengguna Instagram itu hanya berlangsung selama kurang dari lima minit sebelum Anju menamatkan live kerana mahu bersiap sebelum membuat siaran langsung sekali lagi.

Screenshot 2021 06 30 At 12.48.13 Pm

Alang-alang tengah ‘viral’, semua kecoh, baik buat IG (Instagram) ‘review’ dan bantu orang. Lagi berfaedah.

“Korang bagi saya masa 15 minit, bagi saya cantikkan rambut sekejap dan saya kembali lagi. Saya nak buat ‘live’ dengan kekasih juga nanti.”

Apa-apa pun kita tunggu je lah perkembangan seterusnya dari pihak polis atau pun Anju sendiri.

 

Baca: “Last last aku kena campak taik” – Sempat Beli Baju Raya Untuk Ex Suami, Video Zarina Anjoulie Menangis Viral

Screenshot 2021 06 30 At 1.00.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.